suria

“Hutang wajib dibayar” - Balu Allahyarham Abam belum terima ganti rugi, desak Ali Puteh bayar RM76,000

Ali masih belum membayar hutang saman kepada Hidayah.

BALU Allahyarham Abam mendedahkan pelawak dan pelakon Ali Puteh masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 seperti dipertintahkan mahkamah susulan kalah kes saman fitnah pada tahun lalu.

Nor Hidayah Mohd Ali berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada bekas adik iparnya itu dan mengingatkan Ali untuk berbuat demikian.

Kata Hidayah, dia terpanggil untuk menuntut hutang selepas terbaca laporan sebuah portal berita tentang perniagaan diusahakan Ali ketika ini mendapat sambutan ramai.

"Baguslah (perniagaan maju) tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini masih belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya.

ALIIII

Perkongsian Hidayah di Instagram miliknya.

"Dah bulan Ogos masih tak bayar lagi sampai sekarang, jangan diam saja... Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini," katanya.

Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Menerusi perkongsian portal berita tersebut, Ali dilaporkan menerima permintaan tinggi terhadap perniagaan Sambal Petai Terangkat dan Jering Berlado yang dijualnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran berlakon kurang, Ali Puteh rancak berniaga pakaian kanak-kanak dan minyak wangi di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: "Sehari jual 100 helai baju"... Ali Puteh syukur jualan online terima sambutan, walau teruk dikecam tapi masih ramai sokong

Pelawak itu juga dilihat sedang aktif mempromosikan produk jualannya di media sosial dan memberitahu menerima sambutan positif daripada pembeli.

Dalam pada itu, Hidayah turut memberitahu bekas kakak iparnya juga masih belum membayar hutang kepadanya sebanyak RM2,000 atas kekalahan kes saman sebelum ini.

"Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman belum bayar dari 2022 sehingga sekarang dah 2023 pun.

aliiiiii

Hidayah menang atas kes saman fitnah pada Februari lalu.

"Sekarangkan viral tentang orang berhutang, so hutang wajib kena bayar," ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Ali berkenaan isu dibangkitkan Hidayah tidak berjaya apabila pelawak itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain