suria

Penyelesaian penuh saman fitnah Caprice diketahui Jumaat, S.M Faisal kini di luar negara

Faisal memfailkan saman terhadap Caprice atas dakwaan membuat kenyataan fitnah.

PENYELESAIAN penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk S.M. Faisal S. M. Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap Caprice bakal diketahui pada Jumaat ini.

Peguam mewakili S.M Faisal iaitu Ardy Suffian memberitahu pemberita penyelesaian penuh itu dibuat selepas Caprice selaku defendan kes itu sebelum ini ada meminta Faisal menarik balik saman dibuat terhadapnya.

Ardy berkata, sebelum kes saman itu ditarik, pihak-pihak perlu mempunyai persetujuan yang antaranya membabitkan permohonan maaf serta kos persetujuan bagi membolehkan mahkamah merekodkan penghakiman untuk keadilan kedua-dua belah pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak akan minta maaf terhadap SM Faisal, sedia ke mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: “Bab artis laju je”... Caprice kecewa pendakwah selebriti berdiam isu hina agama

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azian Othman menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar sebutan kes itu dalam kamar.

Caprice selaku defendan hadir pada perbicaraan tersebut namun Faisal pula tidak hadir kerana berada diluar negara dan akan pulang ke tanah air pada 3 Ogos dan menghadiri prosiding penyelesaian itu pada Jumaat.

Saman terhadap Caprice difailkan oleh Faisal pada 15 Ogos tahun lalu atas dakwaan membuat hantaran berbaur fitnah di laman Instagram miliknya.

caprice 2

Caprice pernah membuat permohonan agar Faisal tarik semula kes saman.

Kes tersebut juga merujuk kepada kenyataan Caprice yang mengulas tentang isu rumah tangga Faisal bersama bekas isterinya iaitu Emilia Hanafi.

Faisal selaku plaintif mendakwaa isu bersama Emilia telah dimanipulasi tanpa sebarang rujukan daripada pihaknya.

Caprice juga dikatakan sengaja memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah kerana mengulas keputusan yang telah ditetapkan terhadap Emilia yang menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain