suria

[V] Sam Bunkface kena bayar tunggakan nafkah anak, bekas isteri luah rasa syukur

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Selasa memutuskan penyanyi Sam Bunkface perlu membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isterinya iaitu Aida Azira Hussin.

Peguam syarie yang mewakili Aida iaitu Siti Nur Hafizah Mohd Sharif memberitahu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Baharom didapati gagal mematuhi perjanjian pembayaran nafkah anak sebanyak RM1,300 sebulan yang dibuat pada tahun 2021.

"Keputusan hari ini mahkamah memerintahkan Sam kena bayar duit nafkah seperti diperintahkan sebelum ini.

WhatsApp Image 2023-07-25 at 11.25.41 (1)

Sam ketika ditemui di Mahkamah Syariah Shah Alam.

"Mahkamah memutuskan ada tunggakan lagi daripada pihak Sam yang perlu dijelaskan kepada anak guam saya.

"Sam tak bayar nafkah RM 1,300 tersebut seperti dipersetujui bersama sewaktu 2021 dan dia perlu membayar semula tunggakan tersebut dalam tempoh kurang daripada 12 bulan," katanya kepada mStar.

Siti Nur Hafizah bagaimanapun tidak menyatakan jumlah tunggakan yang perlu dibayar oleh Sam.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mungkin kena potong belanja beli aiskrim... Bekas isteri tak setuju Sam Bunkface minta kurang nafkah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta Sam Bunkface tunjuk bukti kalau ada kesulitan bayar nafkah anak

Sementara itu, bekas isteri iaitu Aida Azira Hussin menzahirkan rasa syukur apabila keputusan berpihak kepadanya.

"Alhamdulilah syukur sangat itu saja boleh dikatakan," jawabnya.

Sam pula ketika ditemui media enggan memberikan sebarang komen dan beredar pergi.

Pada 29 Mac lalu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

WhatsApp Image 2023-07-25 at 11.25.41

Aida gembira dengan keputusan mahkamah.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Untuk rekod, Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Maleeq yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain