suria

Pelakon 14 tahun cari fasal, Puteri Balqis tanya menang anugerah apa - “Tolong jangan bagi aku satu set dengan dia”

Aqish anggap sikap suka memerlikan sebagai suatu yag tidak wajar.

AKTRES Puteri Balqis meluahkan rasa kurang senang dengan seorang pelakon remaja berusia 14 tahun yang didakwa mencari fasal dengannya tanpa sebarang sebab.

Puteri Balqis Azizi, 16, atau lebih mesra dengan sapaan Aqish berkata, pelakon itu memerlinya dalam salah sebuah video yang dihasilkan termasuk membandingkan kecantikannya.

Jelas Aqish, tindakan pelakon itu tidak menggambarkan usianya yang masih muda kerana terlalu mencuba untuk menarik perhatian ramai dengan kelakuan seperti orang dewasa.

"Habis semua orang kau nak perli dalam video kau. Dengan aku yang tak bersalah ini pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.

puteri balqis 1

Puteri Balqis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pelakon remaja.

"Buat video hari-hari, tapi berlakon menang satu anugerah pun tiada," katanya.

Aqish menulis perkara tersebut menerusi satu perkongsiang di Instasory miliknya.

Tambah pemenang termuda kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014 ini, dia enggan berlakon dengan pelakon tersebut dalam mana-mana karya akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendedahan Puteri Balqis beri kesan kepada kerjaya, nama digugurkan bintangi drama 14 episod

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Puteri Balqis disiasat dakwaan cabul, polis mula bertindak... “Mangsa sering dipertontonkan dengan video lucah”

Aqish juga dilihat enggan terlalu memikiran kritikan pelakon tersebut terhadap dirinya kerana boleh mengganggu kesihatan mentalnya.

"Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia libas rambut 20 kali seminit.

"Jangan babitkan aku. Ubat depression aku dah nak habis ni," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain