suria

[V] “Bayi dalam rahim saya, takkan nak gugur?” Shuhada tak sangka Hafidz sendiri memfitnah

ISTERI kepada Hafidz Roshdi tidak menyangka pelakon itu tergamak memfitnah dengan menuduh dia sengaja menggugurkan kandungan.

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata, tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu malah sudah memberikan nama buat cahaya mata ketiga mereka iaitu Uwais.

"Semua maklum saya keguguran dan warganet ada bertanya siapa yang memfitnah saya (melakukan pengguguran). Bukan netizen sebaliknya yang fitnah saya adalah dia sendiri (Hafidz).

"Takkanlah saya mahu gugurkan! Saya yang mengandung, bayi ini dalam rahim saya... anak-anak kami pun sudah bagi nama untuk adik mereka iaitu Uwais," katanya kepada pemberita.

Shuhada Hafidz MP

Hafidz membuat dua laporan polis terhadap Shuhada atas dakwaan menggugurkan kandungan.

Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Selasa bagi sebutan kes pengesahan lafaz cerai.

Dalam pada itu, Shuhada memberitahu dia maklum dengan dua laporan polis dibuat Hafidz terhadapnya namun masih belum berkesempatan ke balai polis untuk memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa isteri gugurkan kandungan, Shuhada luah hasrat dalam WhatsApp

ARTIKEL BERKAITAN: Sisa sayang tinggal sebagai bapa kepada anak-anak, Shuhada serah soal jodoh kepada takdir

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga enggan mengulas semua dakwaan termasuklah Hafidz menuduhnya menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan mahu menggugurkan kandungan kerana masih belum memberi kenyataan kepada polis.

"Kes ini masih dalam siasatan lagi sebab saya pun belum beri kenyataan kepada pihak polis dan akan pulang ke Perlis hari ini (Selasa) untuk beri kenyataan di Balai Polis Kangar," ujarnya.

Takkanlah saya mahu gugurkan! Saya yang mengandung, bayi ini dalam rahim saya.

NURUL SHUHAAD MAT SHUKRI

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Sementara itu, Shuhada berkata, dia sudah bersedia menamatkan segala kemelut rumah tangganya namun reda apabila mahkamah menangguhkan kes pengesahan lafaz cerai Hafidz pada 20 Jun depan.

Disebabkan itu juga kata Shuhda, dia tampil bergaya ke mahkamah kerana tidak mahu bersedih dan menyangka kes penceraian mereka boleh diselesaikan hari ini.

"Saya memang sudah sedia untuk perbicaraan namun kesal kerana tidak menemui jalan penyelesaian sebaliknya kes ditangguhkan.

Shuhada Hafidz

Shuhada akan pulang ke Perlis untuk memberi kenyataan di balai polis.

"Saya hari ini pun dah pakai cantik-cantik datang mahkamah dan sedia tetapi mereka minta tangguh. Saya dan peguam pun terkejut.

"Apa lagi yang nak dipanjangkan, dia (Hafidz) ada pilihan dia sendiri. Allah maha baik dan sebaik-baik perancang. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada Allah," ujarnya.

Peguam mewakili Shuhada iaitu Nurfarhana Abd Manaf pula memberitahu pihaknya sudah bersedia dengan perbicaraan pada Selasa meskipun baru meneruma jawapan pembelaan daripada Hafidz pada Isnin.

Kata Nurfarhana, Shuhda juga sedia memberi keterangan secara lisan namun pihak plaintif meminta ia dibuat secara bertulis.

Hafidz Shuhada

Kemelut rumah tangga pasangan ini masih belum menemui jalan penyelesaian.

"Mahkamah beri peluang kepada kedua-dua pihak memberi keterangan secara bertulis dan perbicaraan disambung pada 20 Jun depan," katanya.

Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Katanya Hafidz pernah melafazkan talak menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari 2023 dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain