suria

[V] Vokal nyaring setanding Michael Jackson dan Justin Timberlake, Aliff Syukri minta masyarakat buka mata!

USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri meminta rakyat Malaysia buka mata dan menerima keunikan vokalnya selepas lagu terbaharunya berjudul Chu Ku Chuk Raya yang dilancarkan pada Khamis menerima kecaman ramai.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, vokalnya yang unik sebenarnya setanding dengan beberapa artis terkenal luar negara seperti Justin Timberlake dan Michael Jackson yang mempunyai suara nyaring.

"Saya dikecam hebat tapi apa saya buat ini kerana mahu hiburkan rakyat Malaysia sampai sanggup mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM50,000.

"Saya nak buktikan pada rakyat Malaysia yang mereka kena hargai bakat sebab dalam hidup ini tak boleh nak anggap suara merdu sahaja (boleh menyanyi).

293012434_5197292193659696_2189935922795805266_n

Aliff kata suaranya setanding artis luar negara.

"Ada juga yang nak suara kepit dan nyaring. Saya adalah unik. Saya ini umpama Justin Timberlake, Justin Bieber dan Michael Jackson," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu ketika hadir di majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.

Meskipun mendapat pelbagai kecaman namun lagu tersebut sedang trending di YouTube dan berada di kedudukan kelima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukannya saya bogel” - Aliff Syukri minta tunggu video penuh, rayu jangan kecam isteri sarat hamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dekat belakang awak ya” - Siti Nurhaliza mengalah, ‘iktiraf’ Aliff Syukri penyanyi nombor satu

Dalam pada itu, Aliff menyifatkan pengiktirafan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara adalah bukti persaingan sihat di antara mereka.

Kata Aliff, Siti sangat profesional malah sangat merendah diri kerana mengakui kedudukannya sekarang berada di belakangnya.

"Alhamdulillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar diri... Saya sebagai artis nombor satu menganggap ini sebagai satu persaingan sihat.

Sebelum saya meninggal dunia bagilah saya tengok muka saya di televisyen dan dengar suara saya di radio.

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

USAHWAN SENSASI

"Saya nombor satu, dan dia dibelakang saya. Benda ini rezeki dan Alhamdulillah Siti sangat profesional," ujarnya.

Bercakap mengenai ada pihak yang membuat laporan polis terhadapnya, Aliff tidak kisah dengan perkara itu kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Kepada mereka yang nak buat laporan polis, laporlah. Saya bukan perogol, pencuri dan penyamun! Saya hanya nak tunjukkan bakat saya sahaja. Setiap tahun peminat tegar saya akan tanya. Mereka akan kemurungan, tak boleh sambut raya.

"Walaupun tak ada orang nak sokong termasuk isteri dan ibu saya tapi saya yakin dengan kekuatan suara dan vokal saya. Confirm viral," jelasnya.

0ccdcb8a-d3cf-4c44-af63-8f715f1da733-fd31cc299b00f13d65608a2f69e27f3f_600x400

Aliff Syukri mahu lagu didendangkan di radio.

Berkongsi mengenai harapannya kali ini, Aliff berkata dia hanya mahukan lagu rayanya diterima ramai sekali gus disiarkan di radio mahupun televisyen.

Jelas Aliff, itu merupakan hasratnya sebelum menutup mata.

"Saya merayu kali ini saya tak ada buat tarian yang tidak elok, pakaian menjolok mata. Terima saya di televisyen dan radio.

"Sebelum saya meninggal dunia bagilah saya tengok muka saya di televisyen dan dengar suara saya di radio.

"Dah empat tahun trending, kenapa korang masih tak boleh terima saya? Bagilah saya rasa sekali Anugerah Juara Lagu (AJL) tak menang tak apa... masuk sahaja," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain