suria

Rancang masuk kelas vokal selepas dapat nasihat pengarah muzik, Aliff Syukri berdoa Awie terima kehadirannya sebagai penyanyi

Aliff harap Awie sedia terima kehadirannya sebagai penyanyi.

SELEPAS dikritik kerana nyanyian sumbang, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri bakal bertemu dengan pengarah muzik RTM iaitu Datuk Mokhzani Ismail bagi berbincang lanjut usaha memperbaiki mutu vokalnya.

Menurut Aliff, 35, dia terbuka hati mengikuti kelas nyanyian apabila ada individu hebat seperti Mokhzani yang memberi teguran dan menunjukkan jalan bagi memantapkan lagi vokalnya itu.

"Terima kasih orang hebat Datuk Mokhzani sudi mengajar saya menjadi penyanyi nombor satu. Nantikan kelas vokal saya ya," tulisnya di laman Instagram.

aliff 887

Mokhzani sedia bantu Aliff dapatkan latihan vokal.

Sebelum itu, Aliff berkongsi paparan skrin komen yang ditulis oleh Mokhzani mencadangkan beberapa nama guru yang boleh yang dijadikan rujukan bagi mendalami ilmu muzik.

"Ramai guru-guru vokal terbaik negara saya boleh cadangkan untuk kaedah lontaran vokal bagi penambahbaikan. Ada cikgu Sarah Ismail, Dia Fadhila, Hajah Siti Hajar, Datuk Syafinaz, cikgu Delly, cikgu Juanita dan ramai yang bertauliah.

"Semangat kental Datuk saya yakin mampu mengubah segalanya," tulis Mohkzani.

ARTIKEL BERKAITAN: Awie nasihat Aliff Syukri berhenti menyanyi, cukuplah rosakkan industri... Kalau ‘art’ sekalipun kena tahu batas

ARTIKEL BERKAITAN: “Datuk Awie... I Love You, I teringin berduet dengan you, mesti trending” - Alif Syukri

Dalam komen yang sama, Mokhzani turut memohon maaf secara terbuka atas tegurannya terhadap Aliff sebelum ini berhubung pelancaran lagu Baby Sayang.

Kata Mokhzani, keupayaan vokal Aliff boleh diserlahkan lagi menerusi latihan dan usaha berterusan.

"Jika ada saya salah silap menegur yang membuatkan terasa hati, saya mohon maaf. Insya Allah kita jumpa.

Apa pun saya doakan Awie selalu bahagia dan dan akhirat serta terbuka hati menerima kehadiran saya

DATUK SERI ALIFF SYUKRI

"Saya tegur untuk kebaikan. Bina sikap positif dan terus melangkah. Semua orang termasuk saya datang dari bawah dan masing-masing lalu jalan berliku untuk berjaya.

"Datuk Seri dan berjaya dalam bidang perniagaan, cuma bidang muzik adalah satu yang berlainan dan perlu semangat kental.

"Akan mengambil masa sedikit bergantung kepada bakat dan usaha berganda. Selamat mencuba," ujarnya.

Lagu Baby Sayang nyanyian Aliff dan Shima mendapat kritikan banyak pihak.

Lagu Baby Sayang nyanyian Aliff dan Shima mendapat kritikan banyak pihak.

Sebelum ini, tindakan Aliff tampil dengan lagu baharu menerima kritikan banyak pihak termasuklah penyanyi Datuk Awie yang kurang senang dengan kehadiran founder dan influencer kerana dilihat seolah-olah 'melacurkan' industri seni tempatan.

Dalam hantaran berlainan pula, Aliff turut meluahkan rasa sedih apabila Awie menggelarkan dirinya sebagai 'hamlau' (banyak cakap).

"Sampai hati Awie panggil saya 'hamlau'. Saya dulu kumpul duit beli kaset Awie sampai mak saya marah kerana membazir.

"Zaman filem Sembilu, saya penyokong tegar Awie. Apa pun saya doakan Awie selalu bahagia dan dan akhirat serta terbuka hati menerima kehadiran saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain