suria

Ali Puteh bukan penakut! Kes saman Nor Hidayah balu Abam Bocey bermula... sedia pertahan maruah keluarga

Ali tujukan status di Instagram untuk netizen yang pernah melemparkan kata makian kepadanya.

KEMELUT yang melanda pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali kini memasuki fasa baharu apabila kes saman menyaman antara mereka mula didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini, kes berkenaan sudah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur yang diadakan secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh pula saman kakak ipar, Nor Hidayah mengaku ambil RM10,000 dan empat utas jam arwah Abam

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Alhamdulillah... tuntutan faraid selesai, ibu mentua Nor Hidayah tetap dapat bahagian ikut hukum Islam

"Sepatutnya kes tersebut didengari pada September tahun lalu namun terpaksa ditunda untuk beberapa kali disebabkan PKP. Alhamdulillah kes saman melibatkan tiga pihak sudah mula didengari pada 16 dan 17 Februari lalu secara online.

"Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes ini masih berjalan dan Insya-Allah pada 17,18,19 dan 29 Mac depan akan ada perbicaraan selanjutnya," katanya kepada mStar.

Status yang dimuat naik Ali menarik perhatian netizen.

Pada 27 Ogos tahun lalu Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Keputusan menyaman itu adalah sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Bahagian faraid itu tak ada kena mengena dengan saya, jadi kenapa saya perlu hadir.

ALI PUTEH

PELAWAK

Sementara itu menerusi perkongsian di Instagram, Ali meluahkan rasa lega apabila proses undang-undang akhirnya dapat dimulakan segera.

"Alhamdulillah, kes pun dah bermula di mahkamah. Saman menyaman pun dah mula dibahas. Mantap! Pepatah ada mengatakan sarang tebuan jangan dijolok. Hint sikit sajalah pada netizen semua yang banyak memaki hamun saya.

"Insya-Allah lepas ini anda akan terdiam dan tersipu-sipu malu memikirkan makian anda pada saya. Allah tu Maha Mendengar, Maha Adil. Buat baik dibalas baik. Best pertama kali naik mahkamah.

"Gelak dan senyum melihat gelagat masing-masing. Jangan dibiar maruah keluarga dipijak-pijak. Demi mu wahai abang Abam Bocey, semoga dipermudahkan urusan fitnah ini. Berani kerana benar," tulisnya.

Ali memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah pada Ogos tahun lalu.

Mengulas lanjut mengenai status berkenaan, Ali berkata tulisan itu bagi menjelaskan kepada netizen yang sebelum ini menuduhnya sengaja tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ketika sebutan kes tuntutan faraid pada 10 September tahun lalu.

"Status yang saya muat naik itu ditujukan kepada netizen yang pernah maki dan tuduh saya penakut nak hadir ke mahkamah untuk kes tuntutan faraid.

"Jadi di sini nak jelaskan saya tidak hadir pada waktu itu sebab ia bukan kes atas nama saya. Bahagian faraid itu tak ada kena mengena dengan saya, jadi kenapa saya perlu hadir.

"Yang buat saya marah... netizen yang tak tahu perkara sebenar, mereka maki dan tuduh saya macam-macam. Untuk kes saman melibatkan saya, sudah tentulah saya akan hadir," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup