Bekas teman lelaki Alya Iman munculkan diri, mengaku silap - “Cukuplah komen negatif kepada saya dan isteri, hormatilah kami”

Mahathir bersama isterinya, Penny Salman (gambar kiri) dan ketika satu sesi fotografi bersama Alya Iman.

SEJAK minggu lalu, dunia hiburan kecoh dengan kisah pelakon baharu Alya Iman didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang dengan tujuan untuk mengikis harta lelaki tersebut.

Sepanjang isu tersebut diperkatakan, ahli perniagaan itu yang dikenali sebagai Mahathir Mohd hanya 'mengunci mulut' dan membiarkan sahaja netizen menyerang laman sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 12 fakta penting tentang Alya Iman, mula jadi model muslimah sejak usia 13 tahun

Bagaimanapun, setelah beberapa hari mendiamkan diri akhirnya Mahathir tampil bersuara dan berharap orang ramai berhenti meninggalkan komen negatif kepada dia dan isteri, dikenali dengan nama Penny Salman.

Mahathir berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

Menerusi posting bersama gambar anaknya, Mahathir mengakui kesilapan yang dilakukan dan mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana mengambil berat tentang isu rumah tangganya.

"Setelah dua hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang disediakan, cukuplah segala nasihat, tomahan, fitnah dan kata-kata hina yang anda semua tuliskan.

"Saya bersyukur atas ke keprihatinan anda semua terhadap keluarga saya. Jadi cukuplah komen yang negatif di media sosial saya dan juga isteri. Hormatilah kami.

"Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi, terima kasih kepada semua netizen dan rakyat Malaysia yang prihatin," tulis Mahathir menerusi Instagram.

Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti.

ALYA IMAN

PELAKON

Mahathir memilih untuk menutup ruang komen di setiap posting di laman Instagram setelah menerima pelbagai kritikan dan kecaman.

Pada Jumaat lalu, isteri kepada Mahathir iaitu Penny Salman melalui Instagram mendakwa Alya merampas dan mengikis harta suaminya selama setahun.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Alya tampil menjelaskan perkara itu dan mengakui dia dan lelaki tersebut sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac.

Isteri kepada Mahathir iaitu Penny mendedahkan Alya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

Alya yang juga anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan perbuatannya.

"Dulu saya muda dan naif, saya minta maaf kepada semua yang saya pernah sakiti. Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya.

"Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Afgan angkat berat 30 minit setiap hari