suria

Amy Search berang Nabila Huda masih bekerja, minta polis datang set penggambaran - “Anak aku sepatutnya di rumah!”

Amy turut memuat naik luahan itu di IG peribadinya.

PENYANYI Amy Search berang apabila mendapati anaknya pelakon Nabila Huda masih menjalani penggambaran pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan kerajaan.

Amy meluahkan perasaan itu pada foto yang dimuat naik aktres berkenaan yang menunjukkan dia hanya menikmati makanan mi segera ketika di lokasi penggambaran di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berderai air mata... aku peluk dia kuat-kuat” - Amy Search kongsi detik indah bertemu Nabila Huda

"Tengok semua post hari pertama lockdown (sebenarnya ialah movement control order) menu, ini adalah kepunyaan saya sementara saya berada di Kelantan masih bekerja.

"Jauh daripada rumah, kena tinggal di hotel dan paling perit nak terima, tidak ada dapur nak masak.

Nabila Huda masih bekerja.

"Pastu teringin nak makan maggie ketam dari beberapa hari yang lalu, tapi kata esoklah pergi tapi rupa-rupanya sudah tutup.

"Berakhir ini je misteri jam 12 saya... nok kelik. Saya rindu rumah, dapur, nasi, suami, anak, kucing dan keluarga," tulis Nabila.

Pada hantaran yang sama, penyanyi lagu Pawana itu menerusi ruangan komen di Instagram Nabila menegur pihak produksi yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan melanggar perintah kerajaan.

Dia juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Amy meluahkan perasaan marahnya di IG Nabila.

"Balik sekarang! Ini mana punya production house!

"Hanya pentingkan diri sendiri kamu semua duduk di rumah dengan selamat, yang lain ambil risiko sebab kamu semua nak habiskan kerja dengan cepat.

"Hello PDRM tolong pergi cari mereka ini sebab paksa orang kerja dan melanggar perintah. Suruh anak-anak mereka sahaja yang kerja. Mereka ini melanggar perintah kerajaan.

"Adtisha Production, anak aku sepatutnya ada di dalam rumah bukan kerja.

"Abil tolong kemas barang awak dan balik sekarang!" tulisnya.

Amy Search, Nabila Huda

Artikel Lain