suria

Siapa Mr AA? - Nonny Nadirah dedah pelakon lelaki 'kaki perempuan’, “Curang belakang isteri”

Nonny dedah pelakon lelaki kaki perempuan.

AKTRES Nonny Nadirah memberi amaran kepada seorang pelakon lelaki yang tidak didedahkan identiti agar bertanggungjawab dengan perbuatan keji yang mempermainkan perasaan wanita. 

Nonny membuat pendedahan menerusi Instagram miliknya juga menyifatkan pelakon sudah bekahwin itu sebagai seorang yang suka berfoya-foya namun penakut untuk bertanggungjawab dengan kesalahan dilakukan.

“Kepada lelaki yang pengecut untuk menjadi seorang lelaki sejati. Kami sudah serik dengan lakonan dan drama anda. Menjadi seorang pelakon sangat sesuai dengan anda.

“Awak memang dilahirkan untuk menjadi seorang pelakon ‘yang bagus dan berbakat’ tapi sungguh memalukan kerana anda tidak berakal serta tiada hati dan perasaan langsung.

“Awak sememangnya seorang lelaki yang suka berfoya-foya tapi penakut untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Duduk diam tiba-tiba darah keluar banyak” - Nonny Nadirah minta dijauhkan perkara pelik

ARTIKEL BERKAITAN:Nonny Nadirah tidak pernah kata sihir pemisah punca dia bercerai

Pendedahan Nonny jadi teka-teki dalam kalangan netizen.

Nonny turut memuat naik foto yang dikaburkan, dipercayai sebagai individu yang didakwanya itu.

Tambah Nonny, pelakon yang dirujuk sebagai 'Mr AA' itu juga menggunakan kata-kata manis untuk mendapatkan dan memperdayakan wanita yang sudah bertahun-tahun memberi kepercayaan kepadanya.

Pelakon tersebut juga berlaku curang dan menipu isteri berulang kali.

"Awak gunakan kata-kata manis dan sayang untuk dapatkan wanita, memperdayakan wanita (yang percayakan serta dicurangi anda selama bertahun-tahun dan berulang kali), bersabar menunggu awak yang berjanji untuk berkahwin dengannya (sudah bertemu keluarga) tapi awak tetap abaikan dia, tipu dia dan malukan dia hanya sebab nak larikan diri untuk tutup kesalahan sendiri.

"Ni bukan kali pertama. Kami ada bukti dan kami sudah tiada kesabaran untuk menunggu awak bertanggungjawab atau memberi respon kepada kami.

"Kesian pada diri awak kerana menjadi manusia yang teruk. Kasihan kepada isteri awak yang percaya suami dia yang berulang kali menipu dan berlaku curang. Kasihan anak awak mempunyai seorang bapa yang tidak guna," ujarnya.

Tambahnya, pendedahan yang dilakukan pada malam Selasa ini adalah amaran pertama buat lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, Nonny turut meletakkan tanda pagar #sayahanyatolongmenyampaikan dan #sudahsudahlaaniayaorang.

Nonny Nadirah

Artikel Lain