suria

Hormat peraturan Malaysia, Ubay Nidji tak buka baju atas pentas… “Di Indonesia pun sebab cuaca panas”

Ubay sering bersenam demi menjaga stamina ketika membuat persembahan dengan Nidji.

SERING tampil membuat persembahan sambil membuka baju ketika berada di Indonesia, vokalis Nidji iaitu Ubay menjelaskan dia tidak berhasrat melakukan aksi sama di Malaysia.

Ubay atau Muhammad Yusuf Nur Ubay, 29, berkata setiap negara mempunyai peraturan dan sensitiviti berbeza-beza, justeru dia perlu menyesuaikan diri agar tidak menimbulkan kekeliruan atau salah faham.

“Kami menghargai setiap peraturan mengikut tempat sebab semuanya berbeza-beza.

Nidji sentiasa hormati peraturan di setiap tempat mereka buat persembahan.

“Jadi saya harus menyesuaikan diri. Kadang-kadang buka baju di Indonesia itu pun sebab cuaca di sana sangat panas,” katanya kepada mStar.

Ubay berkongsi perkara itu pada sidang media Konsert Nidji X Bunkface yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada Selasa.

Memiliki tubuh sasa, Ubay berkata dia sememangnya aktif bersenam kerana perlu mengekalkan stamina untuk memenuhi jadual padat bersama kumpulan Nidji.

Katanya, sebagai penyanyi ada kalanya dia perlu membawa lagu-lagu berentak rancak sekali gus perlu mengekalkan stamina. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua band hebat bergabung, Nidji x Bunkface janji persembahan terbaik 

ARTIKEL BERKAITAN: Nidji Cerewet Hasilkan OST

“Bersenam itu penting kerana Alhamdulillah jadual kerja saya dan Nidji padat dan ia membantu saya menjaga kesihatan.

“Tenaga kami kena maksimum sebab bila buat persembahan ada lagu rentaknya sangat rancak… tak mahulah baru 15 minit sudah penat.

“Saya mahu bekerja sambil bergembira, jadi kena jaga tubuh badan,” ujarnya.

Nidji X Bunkface akan berlangsung pada 21 Disember depan.

Menurut Ubay, dia melakukan senaman hampir setiap hari sebagai usaha memastikan stamina dan pernafasannya sentiasa stabil di atas pentas.

“Hampir setiap hari saya bersenam, supaya nafas dan stamina saya sentiasa kuat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nidji bakal tampil dengan sebuah konsert bersama kumpulan Bunkface di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 21 Disember ini. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain