PEMILIHAN Rozita Che Wan sebagai pengacara program Cuit-Cuit Che Ta bersempena bulan Ramadan di RTM bukan menumpang kontroversi sedang melanda pelakon berkenaan.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman sebaliknya menjelaskan pemilihan Rozita adalah berdasarkan kemampuan dia mengendalikan program masakan.
Kata Suhaimi, pihaknya tidak memandang kontroversi pernah melanda Rozita sebaliknya percaya setiap orang berhak mendapat peluang kedua.
"Apabila difikirkan balik ada masanya kita akan tersilap langkah dan perlu dibantu untuk menjadi lebih baik tetapi perlu wujud keikhlasan daripada pihak-pihak yang sepatutnya.
Suhaimi tidak mahu memandang pada kontroversi membabitkan Rozita.
"Dalam dunia ini kadang-kala kita ada buat kesalahan dan kesilapan tapi kalau kita perbaiki diri saya percaya orang akan menerimanya.
"Jika usaha menjadi lebih baik sudah dibuat maka kita patut raikan perkara tersebut," katanya kepada mStar.
Suhaimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Puasa! Raya! RTM2025 yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, Suhaimi berpendapat gimik atau cubaan meraih populariti melalui tidak sepatutnya adalah tindakan tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan sudah bayar hutang Mara, Aaisyah sedih orang ramai mengata ibunya
ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan tunggu masa jelaskan isu gagal bayar hutang Mara, minta dapatkan maklumat sahih
Sebaliknya kata Suhaimi, perkara-perkara seperti itu biasanya tiada akan bertahan lama selain akan memberi kesan besar di kemudian hari.
"Ini bukan gimik sebab gimik adalah satu perkara tidak bertanggungjawab dan berdosa!
"Jangan buat perkara-perkara tidak bertanggungjawab hanya demi mengejar rating. Ia akan memakan diri di kemudian hari," ujarnya.
Kadang-kala kita ada buat kesalahan dan kesilapan tapi kalau kita perbaiki diri saya percaya orang akan menerimanya.
DATUK SUHAIMI SULAIMAN
KETUA PENGARAH PENYIARAN RTM
Sebelum ini, nama Rozita atau mesra disapa Che Ta panas apabila dia dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Susulan kegagalan membayar hutang, banglo Rozita di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara pada 10 Disember tahun lalu.
Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barang-barang dalam banglo terbabit bagi tujuan penyitaan.
Rozita dilaporkan gagal membayar hutang hampir RM1 juta kepada Mara.
Bagaimanapun pelaksanaan penghakiman terhadap pelakon itu ditangguhkan selepas dia membuat sebahagian pembayaran hutang Mara sebanyak RM550,000.
Manakala bakinya perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan iaitu sebelum penghujung Mac 2025.
Selain Rozita, pihak RTM juga sebelum ini pernah terlibat dalam kontoversi pendakwah bebas Don Daniyal semasa mengendalikan program Salam Baitullah.
Rancangan Cuit-Cuit Che Ta musim kedua bakal bersiaran setiap hari bermula 6 Mac ini pada pukul 6 petang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!