suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Penceraian Syamsul Yusof bukan tanda ‘kemenangan’... Puteri Sarah sudah lupakan kisah lama

PENCERAIAN Syamsul Yusof dan Ira Kazar bukan tanda kemenangan buat pelakon Puteri Sarah.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, apa yang berlaku adalah takdir dan dia tiada kena mengena dengan masalah menimpa pasangan berkenaan.

"Ini semua adalah ketentuan takdir... Saya tak anggap apa terjadi itu sebagai satu kemenangan buat diri saya.

Copy of Untitled - 2024-09-11T175252.979

Sarah percaya penceraian menimpa Syamsul adalah takdir Tuhan.

"Saya tak berfikir bergitu sebab saya tiada kena mengena dengan 'cerita' mereka," katanya kepada mStar.

Sarah menjelaskan perkara itu ketika ditemui di sidang media program Muzikal Lawak Superstar yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Sarah meminta orang ramai tidak lagi mengaitkan namanya dengan Syamsul.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Puteri Sarah ketawa peminat minta kembali kepada Syamsul, tak ambil tahu isu rumah tangga bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul Yusof sedia lepaskan isteri, terpaksa tangguh lafaz cerai sebab Ira Kazar baru lantik peguam

Kata Sarah, dia kini sudah bahagia dengan kehidupannya bersama anak-anak.

"Saya pun tak mahu komen banyak-banyak. Jangan kaitkan saya lagi, itu masalah mereka.

"Sudah setahun lebih, saya dah lama lupakan kisah itu dan teruskan kehidupan sendiri," jelasnya.

553 (10)

Syamsul dan Ira sah bercerai pada 5 September lalu.

Sebelum ini, ada pihak menganggap keretakan rumah tangga Syamsul dan Ira sebagai balasan atas kesalahan mereka terhadap pelakon itu selama ini.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan penceraian pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand namun perkahwinan mereka juga tidak bertahan lama apabila sah bercerai pada 5 September lalu.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia