suria

Alyah masuk balik kelas vokal, pembedahan bariatrik beri kesan pada nyanyian

Alyah tampil lebih menawan selepas lakukan pembedahan.

PRESTASI penyanyi Datin Alyah dalam nyanyian mengalami perubahan selepas melakukan pembedahan bariatrik dua tahun lalu.

Alyah atau Nor Hasliah Abu Hasan, 43, berkata, susulan saiz perutnya yang semakin kecil adakalanya mencacatkan sedikit persembahannya ketika menyanyi.

"Dari segi kesihatan Alhamdulillah... Cuma nyanyian saya sahaja sedikit terganggu.

ASTRO_5353

Alyah syukur kesihatan membaik selepas pembedahan.

"Perkara paling susah untuk saya sekarang apabila buat persembahan sudah tidak seperti dahulu sebab perut saya sudah kecil," katanya kepada mStar.

Menurut Alyah, dia menyedari perkara itu selepas mengikuti kelas vokal sebagai persediaan menyertai pertandingan The Hardest Singing Show.

Jelasnya, dia perlu mempelajari semula teknik nyanyian agar dapat disesuaikan dengan keadaan perutnya yang semakin kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada kata-kata perangsang buat Alyah, kehadiran Ramli MS sudah cukup istimewa - “Dia pesan jangan mengadu penat”

ARTIKEL BERKAITAN: Alyah tak tolak muncul bersama Tok Ram di TV, tapi jangan perlekeh statusnya sebagai penyanyi - “Saya pun ada value sendiri”

"Nada saya jadi lambat sebab simpanan angin dalam perut tidak seperti dahulu. Jadi saya kena belajar semula.

"Saya pun baru tahu selepas belajar vokal dengan Cikgu Dally sebab sebelum ini saya tak tahu sudah hilang kebolehan itu," kongsinya.

Bagaimanapun, perkara itu bukan alasan untuk tidak memberikan persembahan yang terbaik sepanjang pertandingan dan disebabkan itu dia mengambil keputusan menyertai kelas vokal.

Kata Alyah, dia tidak mahu mensia-siakan peluang diberikan apatah lagi sudah lama tidak muncul di televisyen.

alyah 12

Alyah anggap perubahan satu cabaran sertai The Hardest Singing Show.

"Susah itu memang susah tapi Insya-Allah saya boleh lakukannya.

"Keadaan saya itu bukan alasan untuk berikan yang terbaik kerana sudah lama tak dapat peluang muncul di televisyen," jelasnya.

Untuk rekod, Alyah menjalani pembedahan bariatrik pada Mac 2022 bagi merawat masalah gastrik kronik dihadapinya sejak sekian lama.

Malah disebabkan masalah itu, berat badannya turut naik secara mendadak iaitu sebanyak 18 kilogram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain