suria

Osman Ali kecewa penggambaran Barajiwa tergendala, hero utama tarik diri 3 hari sebelum masuk set

Osman terkilan dengan sikap artis yang tidak bertanggungjawab.

PENGARAH Osman Ali terkilan apabila seorang aktor popular yang sepatutnya menjadi hero filem terbaharu arahannya iaitu Barajiwa menarik diri pada saat akhir.

Lebih mengecewakan, Osman, 50, memberitahu aktor yang tidak disebut nama itu memaklumkan menarik diri tiga hari sebelum penggambaran bermula.

Kata Osman, pelakon tersebut sebelum ini sudah pun mengikuti semua latihan babak aksi sejak menerima tawaran tersebut.

osman 1

Osman cari pengganti untuk hero BaraJiwa.

"Sepatutnya pengambaran projek ini sudah bermula tapi tergendala lagi. Agak kecewa dengan sikap segelintir hero generasi muda.

"Tawaran sudah terima, malah latihan aksi pun sudah hadir tapi tiga hari sebelum penggambaran tiba-tiba tarik diri," katanya.

Osman berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Kata Osman, tindakan tidak bertanggungjawab pelakon berkenaan membuatkan dia terpaksa mencari pengganti baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebaran video kelab malam bukan ‘marketing’ promosi drama... Osman Ali tak cam wanita bersama Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak berlakon jadi iblis, pengarah Osman Ali janji tak sentuh hal sensitif - “Saya tonjolkan kelibat dan aksi ketawa sahaja”

Katanya lagi disebabkan sikap pentingkan diri aktor berkenaan pihak produksi terpaksa menanggung kerugian besar.

"Tindakan yang teruk menjejaskan proses kerja semua pihak. Sekarang produksi terpaksa mencari hero pengganti dalam keadaan ramai pelakon sudah terikat dengan projek lain.

"Walau bagaimanapun, pejuangan harus diteruskan. Semoga projek ini dipermudahkan segala urusan oleh-Nya," ujarnya.

Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai pihak, malah terdapat beberapa orang pelakon lelaki tampil menawarkan diri untuk berlakon di karya baharu Osman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain