suria

Ada sebab dipilih penyanyi pembukaan konsert Ailee, Aina Abdul janji persembahan bertenaga 

Aina mengakui tidak percaya apabila diberitahu dirinya terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai konsert Ailee.

PENYANYI Aina Abdul meluahkan rasa tidak percaya apabila terpilih sebagai penyanyi pembuka tirai konsert penyanyi popular Korea Selatan iaitu Ailee yang bakal berlangsung pada Jun depan.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata, pemilihannya dibuat sendiri pihak pengurusan Ailee di Korea Selatan selepas menonton video persembahannya.

Kata Aina, pihak pengurusan penyanyi berkenaan memberitahu versi lagu I Will Go To You Like The First Snow ketika disampaikan menerusi konsert solonya iaitu A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya pada 2022.

"Saya rasa tidak percaya selepas menerima panggilan daripada LOL Asia memberitahu saya dipilih oleh pihak pengurusan Ailee di Korea Selatan.

Untitled design (68)

Aina sering mengidolakan Ailee dalam aspek nyanyian dan persembahan.

"Mereka memaklumkan sebutan dan artikulasi saya dalam persembahan itu sangat baik dan sebab itulah saya dipilih," katanya kepada mStar.

Konsert jelajah Ailee I am: Here bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Aina meluahkan rasa teruja dapat berkongsi pentas bersama idolanya nanti apatah lagi sebelum ini sering memuat naik video menyanyikan lagu Ailee di saluran YouTube miliknya.

Aina menganggap pemilihannya itu sebagai impian menjadi kenyataan memandangkan dia begitu meminati Ailee.

ARTIKEL BERKENAAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai

ARTIKEL BERKENAAN: Vokal dapat pengiktirafan bukan bermaksud lebih baik daripada Ernie Zakri - Aina Abdul

"Saya mengidolakan dia dalam pelbagai aspek seperti nyanyian, penampilan dan kelincahan dia di pentas.

"Seperti semua tahu saya selalu buat video cover menyanyikan lagu Ailee di YouTube sebab terlalu meminatinya," katanya.

Berkongsi mengenai konsert itu, Aina memberitahu bakal mendendangkan dua buah lagu termasuk lagu dalam bahasa Korea khas buat penonton.

Janjinya, dia akan memberikan persembahan bertenaga selain dapat meninggalkan impak terhadap konsert Ailee.

Saya mengidolakan Ailee dalam pelbagai aspek seperti nyanyian, penampilan dan kelincahan di pentas.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Saya mahu Ailee rasa kedatangannya diterima baik dan disayangi peminat di Malaysia memandangkan ini kali pertama dia datang membuat persembahan di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, LOL Asia pula memaklumkan proses pemilihan penyanyi untuk persembahan pembuka tirai ini mengambil masa agak lama.

Ketua Pegawai Ekskutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pelbgai faktor termasuk profil Aina sepadan dengan Ailee.

"LOL Asia dan syarikat pengurusan Ailee telah melalui proses selama hampir empat bulan bagi memilih penyanyi yang layak untuk persembahan nanti.

Untitled design (36)

Aina terpilih kerana mempunyai profi yang sepadan dengan Ailee.

"Aina merupakan seorang penyanyi yang mencipta lagunya sendiri seperti Ailee.

"Dia juga pemenang tiga kali vokal terbaik di AJL manakala Ailee pula pemenang empat kali vokal terbaik di MAMA Awards," katanya.

Rizal turut memberitahu pemilihan Aina turut bersesuaian dalam usaha mengetengahkan bakat dan potensi artis tempatan ke persada antarabangsa.

Tiket konsert jelajah Ailee I am: Here sudah pun mula dijual sejak 2 Mac lalu di laman web LOL Asia.

Enam kategori tiket adalah Super Aileens/VIP pada harga RM858, CAT1 (RM628), CAT2 (RM528), CAT3 (RM428), CAT4 (RM358) dan CAT5 (RM288).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain