suria

Pilih sambut 1 Syawal berasingan, Atikah Suhaimie dan suami tak mahu pening kepala hal remeh

Atikah dan suami beraya di kampung halaman masing-masing.

PASANGAN pengantin baharu Datin Atikah Suhaimie dan suami Datuk Lokman Teh sepakat meraikan 1 Syawal secara berasingan.

Atikah, 33, berkata, dia dan Lokman sepakat memilih cara itu bagi membolehkan mereka meraikan hari raya bersama keluarga masing-masing.

Bagaimanapun kata Atikah, suaminya akan pulang ke Singapura pada hari raya kedua selama dua hari sebelum mereka kembali ke Kuala Lumpur.

429446159_746970647390832_8689306684731397825_n

Atikah dan suami akan beraya bersama pada hari raya kedua.

"Saya semestinya gembira dan tak sabar meraikan hari raya tapi bagi menghormati keluarga masing-masing saya akan pulang ke Singapura manakala Lokman di Kuala Lumpur.

"Kami berpisah hari raya pertama sahaja... Keesokan harinya Lokman akan pulang ke Singapura dan akan merasai cara masyarakat di sini meraikan Aidilfitri.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime gementar masuk dapur, bakal sedia juadah berbuka buat keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime sah bergelar isteri, pilih CEO produk Zaitun sebagai teman hidup

"Raya keempat insya-Allah kami akan sambung beraya bersama keluarga suami di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar.

Jelas Atikah, pilihan menyambut 1 syawal secara berasingan itu kerana enggan bermasam muka dengan perkara yang dianggap remeh.

Malah keputusan tersebut juga dilihat adil untuk kedua-dua belah pihak.

431951202_766841085357130_8549410190073980590_n

Atikah anggap panggilan datin ubah pandangan orang.

"Bagi kami itu adalah perkara remeh, tak perlu bergaduh fasal nak balik kampung siapa.

"Nanti dia terasa, saya terasa. Jadi lebih baik raya pertama dengan keluarga sendiri," katanya lagi.

Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain