suria

Impian jadi kenyataan, Ruhainies sambut raya di Tanah Suci Makkah

Ruhainies beraya di Tanah Suci Makkah.

SELEPAS namanya terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Ruhainies masih dapat meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut hari raya di Tanah Suci Makkah pada tahun ini.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, peluang berada di sana disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan untuk berpuasa dan meraikan Aidilfitri di Makkah.

“Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah suci.

A18ADD6B-7799-4A45-B97A-6034BB9E5561

Perkongsian Ruhainies di Instastorynya yang sedang berada di Madinah.

“Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang,” katanya.

Aktres itu berkongsi perkara berkenaan di Instastory miliknya pada petang Selasa.

Sebelum ini, nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Aliff Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN:Terdapat khabar angin Ruhainies sudah bergelar isteri, dokumen perniagaan di London tersebar

ARTIKEL BERKAITAN:Terlalu fokus hal peribadi sampai tutup cerita karier, Ruhainies dah tak mahu kongsi tentang kekasih

Tidak lama selepas itu, timbul pula spekulasi kononnya aktes itu sudah berkahwin susulan namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam sebuah urusan perniagaan di London, United Kingdom.

Malah dia dikatakan memiliki perniagaan NRFMEJ Beauty Ltd. yang menggabungkan nama dia dan seorang individu.

Namun begitu tuduhan tersebut tidak boleh diterima selagi tiada bukti kukuh seperti pengesahan perkahwinan daripada pihak berautoriti ataupun daripada Ruhainies sendiri.

221C6626-F00C-440A-9D95-013D1CAC288F

Ruhainies didakwa sudah mendirikan rumah tangga.

Sebaliknya ia hanyalah sekadar tuduhan netizen sahaja.

Ruhainies sebelum ini pernah berkongsi tentang kekasihnya yang dikenali sebagai

Mr. E dan tinggal di luar negara namun dia tidak pernah mendedahkan wajah jejaka tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain