suria

Ernie Zakri artis Malaysia pertama tercalon di SCTV Music Award, ‘Masing Masing’ sangkut 3 kategori

Ernie Zakri merupakan penyanyi Malaysia pertama tercalon dalam SCTV Music Award Indonesia.

PENYANYI Ernie Zakri muncul artis Malaysia pertama tercalon menerusi tiga kategori di anugerah berprestij Indonesia iaitu SCTV Music Award.

Mempertaruhkan lagu berjudul Masing Masing, Ernie tercalon menerusi kategori Kolaborasi Paling Ngetop, Video Klip Paling Ngetop dan Lagu Pop Paling Ngetop.

Mengulas mengenai pencalonan tersebut, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, bersyukur apabila lagu duet bersama pemuzik dan komposer Ade Govinda itu diterima baik pendengar di Indonesia.

Untitled design (89)

Ernie gembira lagu kolaborasinya bersama Ade Govinda diterima baik pendengar Indonesia.

"Saya sangat gembira apabila lagu Masing Masing ini bergema di Indonesia.

"Terima kasih kerana menerima lagu ini sehingga ia melonjak dalam carta radio di sana," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Ade yang juga pencipta lagu berkenaan turut meluahkan rasa gembira dan syukur apabila lagu tersebut diterima baik pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri menangis bukan sebab kalah AJL38, terharu tengok 200 peminat hadir beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal dapat pengiktirafan bukan bermaksud lebih baik daripada Ernie Zakri - Aina Abdul

Kata Ade, besar harapannya agar kolaborasi bersama Ernie menjadi pencetus kepada lebih banyak kerjasama di antara penggiat seni Malaysia dan Indonesia.

"Saya sangat gembira mendengar khabar karya saya yang dinyanyikan indah oleh Ernie Zakri berjaya menduduki tempat pertama di kebanyakan carta radio Indonesia dan Malaysia.

"Semoga kolaborasi ini boleh membawa penyanyi lain juga untuk bekerjasama antara dua negara dengan hasil yang membanggakan juga," ujarnya.

Untitled design (90)

Ade Govinda berharap lebih banyak kolaborasi melibatkan kedua-dua negara selepas ini.

Masing Masing merupakan kolaborasi kedua Ernie dengan Ade selepas lagu Hal Hebat pada tahun 2022.

Lagu ini pernah menduduki tangga teratas di carta stesen radio termasuk GEN98.7 FM (Jakarta) dan Era FM (Malaysia).

Masing Masing adalah single pertama daripada album terbaharu Ernie berjudul Aura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain