suria

Rakan tak hilangkan diri ketika susah, tanya khabar sudah buat Azri Iskandar syukur

Azri Iskandar sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon akibat namanya ditolak stesen TV.

PELAKON Azri Iskandar bersyukur apabila rakan-rakan terdekatnya tidak menghilangkan diri ketika dia dalam kesusahan akibat kurang mendapat tawaran berlakon.

Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 56, berkata, walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi namun menghargai sikap mengambil berat yang ditunjukkan kepadanya.

Malah kata Azri dia sangat menghargai perkara tersebut berbanding bantuan berbentuk wang.

"Alhamdulillah kawan-kawan masih dengan saya macam biasa. Mereka tahu (masalah dihadapi) walaupun saya tiada pekerjaan, bukan saya tidak mahu tapi stesen TV yang menolak nama saya.

azri

Azri bersyukur kerana rakan-rakan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

"Saya tak perlukan bantuan mereka. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 baik mereka simpan sahaja," katanya kepada mStar.

Azri berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Janna Enndoro di Petaling Jaya yang berlangsung pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Azri mendakwa dia masih mendapat banyak tawaran berlakon namun namanya sering ditolak stesen TV selepas dicadangkan pihak penerbit.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lebih setahun tak jumpa tunang, hubungan Azri Iskandar dengan Dr Azra mula renggang... Kini sedang mengenali wanita lain

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar tak bohong, anak jadi bukti dah jumpa wanita bakal pengganti Dr Azra

Katanya lagi, dia tidak pernah menerima sebarang penjelasan mengenai penolakan namanya dan sedang mencari peluang bertemu dengan pihak stesen TV bagi mengetahui punca sebenar.

"Saya rasa hairan juga. Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan yang mana saya tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua.

"Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat tapi saya tak dapat," ujarnya.

azri 1

Azri berharap namanya tidak lagi ditolak stesen TV.

Azri bagaimanapun menolak dakwaan namanya ditolak disebabkan pelbagai kontroversi melanda sebelum ini.

"Saya tak rasa sebab kontroversi. Kontroversi semua berlaku tahun lepas, dah lama.

"Ketika dilanda kontroversi saya masih banyak job. Cuma sekarang ini yang tiada," luahnya.

Sebelum ini, Azri menerusi program Melodi mendedahkan dia sudah tidak mendapat tawaran lakonan sehingga tidak mampu membayar sewa rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain