suria

[V] Mawar pilih kunci mulut isu cerai, kehidupan kini ibarat ‘gelas kosong’

SELEPAS sah bercerai dengan Raf Yaakob November tahun lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid semakin gembira dengan kehidupan baharunya sebagai ibu tunggal.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul, 29, turut menganggap fasa kehidupan kini sebagai 'gelas kosong' membawa gambaran dirinya yang baru.

“Apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang. Saya juga bersyukur menerima sokongan daripada peminat.

mawarr11

Mawar semakin bahagia selepas berpisah.

“Ini adalah fasa baru dalam hidup saya, ini adalah diri saya yang baru. Semuanya baru, saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya kepada mstar.

Mawar berkata perkara itu ketika majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan pada Isnin.

Malah tambah Mawar, dia juga enggan berkongsi perihal peribadinya kepada umum kerana tidak mahu anak-anak mengetahui perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh ketentuan Allah, Raf Yaakob tak tolak kembali bersatu dengan Mawar Rashid

“Saya berpegang dengan prinsip saya untuk tidak berkongsi isu peribadi pada umum. Sebab saya ada anak-anak.

“Nanti mereka besar, akan baca perkara yang tak sepatutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang kini semakin baik malah tidak lagi mengalami serangan panik.

Hubungan dengan bekas suami Alhamdulillah masih baik.

MAWAR RASHID

PELAKON

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tiada lagi mengalami serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, tapi saya kini lebih gembira,” ujarnya.

Mawar berkata, meskipun bercerai, hubungannya dengan bekas suami juga dalam keadaan baik.

Aktres itu berkata dia juga masih belum terbuka untuk mendekati lelaki lain memandangkan hanya ingin memberikan fokus kepada anak-anak.

mawar 111

Mawar dan Raf miliki tiga orang cahaya mata bersama.

“Belum ke arah itu sebab sekarang fokus kepada anak-anak. Hubungan dengan bekas suami pun Alhamdulillah masih baik,” katanya.

Sebelum ini Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan adik kepada chef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain