suria

Bukan lagi ‘sweet girl’, maskot Teratai tonjol ‘alter ego’ Nabila Razali di atas pentas 

Nabila menduduki tempat kelima dalam TMSM4.

KEYAKINAN diri Nabila Razali sebagai penyanyi semakin meningkat selepas menyertai program realiti hiburan The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4).

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata, menerusi pentas berkenaan dia mula sedar mempunyai alter ego atau karakter berbeza yang secara langsung membentuk personalitinya.

Perbezaan personaliti itu membuatkan dia berani keluar daripada zon selesa untuk cuba menyanyikan lagu pelbagai genre.

"Kalau sebelum ini saya menyanyi genre lagu sama tetapi kali ini saya dapat menari, boleh 'gedik' di atas pentas... Perkara yang saya tak pernah buat.

Nabila akhirnya keluar daripada zon selesa.

Nabila akhirnya keluar daripada zon selesa.

"Peminat selalu ingat saya seorang 'sweet girl' jadi di sebalik maskot ini saya dapat terokai sisi lain Nabila Razali," katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir TMSM4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Nabila berkata, menerusi TMSM4 penonton mula membuka mata dengan kemampuan vokal dimiliki meskipun berselindung di sebalik maskot Teratai.

ARTIKEL BERKAITAN: "Berat macam dukung anak" - Stacy hampir pitam pakai kostum Bunga Matahari, sukar sorok suara sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali tak ‘rosak’, sengaja ikut trend TikTok untuk dekati peminat... "Bukan isu besar selagi tidak menjatuhkan maruah"

"Saya rasa selama ini saya tidak berpeluang mempamerkan kemampuan diri tetapi mungkin kadang-kadang bila sudah ada peluang saya buat silap pula. Perkara ini diluar jangkaan.

"Saya mahu beri kredit kepada guru vokal saya iaitu Shafiq Erwin yang membentuk saya untuk menjadi lebih baik. Saya tidak cakap saya sudah bagus, banyak lagi saya perlu belajar.

"Setiap minggu adalah cabaran untuk saya menyakinkan penonton dan mampu memberikan persembahan dengan baik," ujarnya.

Peminat selalu ingat saya seorang 'sweet girl' jadi di sebalik maskot ini saya dapat terokai sisi lain Nabila Razali.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Tambah Nabila, dia kini menjadi lebih yakin menyanyikan pelbagai genre lagu dan berharap dapat meluaskan lagi karier dalam bidang nyanyian.

"Bila sudah menyanyi pelbagai genre sudah tentu saya rasa yakin yang sebenarnya saya boleh menyanyi dengan baik.

"Mungkin selama ini saya malu atau tidak yakin dengan diri sendiri.

Nyanyian Teratai sering kali mendapat pujian penonton.

Nyanyian Teratai sering kali mendapat pujian penonton.

"Harapnya dengan pengalaman saya dapat dalam program The Masked Singer ini boleh kembangkan lagi karier saya dalam bidang nyanyian," katanya.

Untuk rekod, Nabila berjaya menduduki tempat kelima dalam TMSM4 manakala penyanyi Stacy Anam muncul sebagai juara.

Pelawak Namie (Mat Helang) mendapat tempat kedua, Danial Zain (Sang Kancil) di tempat ketiga dan Adinda (Biskut Aiskrim) berada di kedudukan keempat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain