suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat bercuti terbantut, Afieq Shazwan terlibat kemalangan di Krabi

Afieq memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan baik.

MALANG tidak berbau!

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan terpaksa bergegas pulang ke Malaysia selepas terlibat kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand pada Rabu lalu.

Menurut Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 26, dia memutuskan untuk membatalkan percutian dan pulang ke Kuala Lumpur disebabkan kecederaan serta luka pada bahagian wajah, tangan dan kaki.

Penyanyi itu bagaimanapun memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan parah.

afieq3 - 1

Afieq memaklumkan dirinya mengalami kemalangan di Krabi.

"Sebuah tragedi di Krabi telah berlaku beberapa hari lepas tetapi Alhamdulillah syukur tiada apa yang serius Insya Allah.

"Jadi saya ambil keputusan untuk terus balik sebab banyak pula luka pada badan. Pulang saja semalam saya terus ke klinik," katanya.

Afieq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan ditawar 'job' jadi anak ikan, tolak sebab takut scammer... "Saya ingatkan perempuan saja"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon adegan ranjang bersama Afieq Shazwan, Fasha Sandha sedia diserang warganet

Menerusi perkongsian berkenaan, Afieq turut memuat naik foto menunjukkan kesan luka yang terdapat pada bahagian wajahnya.

Kata Afieq, pada mulanya dia terpaksa terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu punca sebenar kerana tidak mahu ahli keluarganya bimbang.

Pun begitu, penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini akhirnya akur untuk berkongsi kisah sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat meneruskan percutian.

"Ramai yang bertanya kenapa saya fly mengejut semalam (Khamis). Tapi serba salah nak beritahu sebab tak mahu keluarga risau.

afieq2 - 1

Hasrat menikmati percutian di Krabi terpaksa dibatalkan.

"Namun bila dah selamat sampai ke rumah rasanya saya perlu juga beritahu semua.

"Maaf kerana saya mungkin terjejas sedikit percutian kita. InsyaAllah nanti dah baik kita (rakan-rakan) berjumpa lagi. Have a safe trip balik nanti," ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Afieq tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak berjawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain