suria

Ada sebab Nonny Nadirah hilang 3 tahun, rupanya derita kena sihir sampai muka jadi senget - “Kita lawan sampai mati”

Nonny kekal kuat untuk bertarung dengan sihir.

SELEPAS dilihat kembali tidak mengenakan hijab, pelakon Nonny Nadirah tampil mendakwa dia menjadi mangsa sihir seseorang sejak tiga tahun lalu.

Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, berkata, dia bersuara mengenai perkara itu kerana sudah tidak mampu menanggung kesakitan malah wajahnya turut mengalami perubahan disebabkan sihir.

"Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini. Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.

Nonny kekal kuat untuk bertarung dengan sihir.

Nonny minta peminat doakan dirinya.

"Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.

"Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Kalau solat tolong doakan saya sekali tau," katanya.

Nonny berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nonny Nadirah kembali lepas tudung, Mila Jirin hanya mampu panjat doa buat sahabat - “Hanya dia tahu apa sedang dilaluinya”

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah kembali bertudung, penantian 3 tahun Mila Jirin berakhir - “Jangan hilang lagi dari radar persahabatan”

Meskipun sudah bertahun disihir, Nonny berkata dia akan terus melawan selain tidak menyimpan dendam terhadap individu yang membuatnya menanggung kesakitan tersebut.

"Mari kita lawan sampai mati. Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.

"Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.

2463622

Mila merupakan kawan baik kepada Nonny.

"Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?," katanya lagi.

Sebelum ini, Nonny memaklumkan dirinya kembali membuka tudung selain meluahkan rasa kesal kerana dirinya disihir oleh seseorang yang dikenali.

Bagaimanapun, pelakon itu kembali menjadi perhatian apabila dia dilihat kembali melepaskan tudung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain