suria

Tiada masalah disapa dengan panggilan Tok Ti - Siti Nurhaliza

Siti tiada masalah disapa Tok Ti.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak melihat panggilan Tok Ti yang digunakan segelintir pihak bagi menyapanya sebagai satu masalah besar.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, dia tidak menghalang orang ramai atau peminat memanggilnya dengan nama itu namun perlu mengikut situasi dan keadaan.

Kata Siti, sekiranya berada di majlis-majlis formal, dia lebih memilih untuk dipanggil menggunakan nama penuh.

ctdk 1

Siti tidak melatah disapa Tok Ti oleh peminat.

"Bagi saya ikut kepada keadaan dan juga masa... Kalau ada keadaan yang saya bersama dengan peminat, saya tiada masalah untuk mereka panggil saya Tok Ti atau sebaliknya.

"Nak kata jangan panggil saya Tok Ti dan panggil saya Siti Nurhaliza, saya tidak mahu sampai begitu sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tangguh rancangan adakan konsert, terkejut kenyataan Universal Music Group isu Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak terfikir tentang gelaran nombor satu, mohon peminat usah berbalah... “Kita hidup tak lama”

"Cuma kena faham, bila ada acara melibatkan sesuatu yang formal perlu menyebut nama sebenar saya Siti Nurhaliza," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.

Siti memberi respon itu susulan kekecohan dalam kalangan peminatnya iaitu SitiZoners yang mempertikaikan segelintir pihak yang memanggilnya dengan gelaran Tok Ti.

ctdk 2

Gelaran Tok Ti perlu digunakan mengikut kesesuaian waktu.

Tidak hanya itu, peminatnya turut menggesa pihak media juga tidak berbuat perkara serupa selain mengeja gelaran darjah kebesaran diterima penyanyi itu dengan ejaan sebenar iaitu Dato' Sri.

Ini kerana menurut peminat panggilan serta ejaan yang salah itu dilihat sebagai biadab dan tidak menghormati Siti selain mahu seragamkan carian nama penyanyi berkenaan di internet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain