suria

Syura pilih kurus cara diet, tolak pembedahan dapat bentuk badan idaman

Syura lebih memilih cara diet untuk kurus.

PENYANYI Syura Badron tidak akan sesekali melakukan pembedahan semata-mata demi mendapatkan bentuk badan idaman dan berpuas hati menggunakan cara semula jadi iaitu diet.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, melalui cara tersebut ia sebenarnya dapat mengekalkan saiz badan dengan lebih lama.

"Saya lebih puas kalau kurus secara natural, ia akan bertahan lebih lama... Maksudnya kalau nak kembali ke bentuk asal itu susah sikit.

Syura 1

Syura tetap pilih diet berbanding pembedahan untuk kurus.

"Ada juga kawan-kawan yang buat (pembedahan), tapi disebabkan tidak jaga makan, kembali ke bentuk asal," katanya kepada mStar.

Berat badan Syura sebelum ini pernah mencecah 80 kilogram dan berjaya menurunkan sebanyak 32 kilogram hasil mengamalkan diet.

Dalam pada itu, Syura berkata, diet memerlukan kesabaran tinggi selain mengambil tempoh panjang dan tidak boleh mengharapkan keputusan yang cepat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lan Solo dan Syura serah kepada peguam, sedia turun naik mahkamah kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lama tiada anak kecil... Syura menangis uruskan bayi, mencabar jadi seorang ibu

"Saya kini berat badan pun tengah naik sedikit. Tapi sekarang saya tengah berdiet. Walaupun sekarang saya sudah berusia, saya yakin saya mampu walaupun agak lambat.

"Lagi satu cabaran untuk kurus ini dengan diet ini adalah susah untuk ktia mulakannya. Hari ini cakap nak diet, tapi esok tak buat-buat. Tapi bila sudah mula akan konsisten," ujarnya.

Dalam masa sama, Syura juga tidak menghalang untuk mana-mana individu menggunakan jalan mudah untuk mendapat berat badan yang diingini.

Syura 2

Syura memberitahu perlu bersabar sekiranya memilih diet.

Malah dia menggalakkan bagi mereka yang berkeinginan melakukan cara pembedahan sekiranya mempunyai wang.

"Benda ini (pembedahan) bergantung kepada individu juga. Mungkin ada sebab tertentu lalukannya, mungkin banyak duit ataupun rasa lebih puas buat begitu.

"Pembedahan ini tiada benda yang salah. Tiada dosa pun untuk gunakan jalan singkat ini. Kalau mampu, nak buat untuk rasa cantik dan lebih berkeyakinan, teruskan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain