suria

Sebulan bergantung ubat tahan sakit, Bella Dowanna terpaksa jalani pembedahan

Bella jalani pembedahan lutut pada Jumaat ini.

PELAKON Bella Dowana memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan pada bahagian lutut kanan yang dikenali sebagai meniscus tear pada Jumaat ini.

Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, berkata dia menangguhkan pembedahan itu sebelum ini kerana mahu menghabiskan penggambaran drama bersiri terlebih dahulu.

"Jumaat ini baru saya jalani pembedahan... saya tangguhkan pembedahan sebelum ini sebab ada komitmen penggambaran pada ketika itu.

bellaa d

Bella cedera pada bahagian lutut kanan yang dikenali sebagai meniscus tear.

"Bila dah habis semua penggambaran saya tinggal tunggu hari untuk jalani pembedahan," katanya.

Bella berkongsi perkara itu semasa ditemui di majlis Pelancaran dan Siaran Media: Unifi TV Originals - Nak Dengar Cerita Hantu? yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Bella dia terpaksa bergantung pada ubat tahan sakit semasa menjalani penggambaran bersama lutut yang cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna masuk hospital cedera bahagian lutut, jalani pembedahan selepas selesai penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kena body shaming, Bella Dowanna kesal bentuk badan jadi bahan jenaka... “Gurauan itu menyakitkan hati”

Malah dia juga akan berehat dari lakonan selama dua bulan sebaik sahaja selesai melakukan pembedahan bagi proses penyembuhan.

"Memang payah sebenarnya nak jalan... saya bergantung harap dengan ubat tahan sakit sepanjang penggambaran itu.

"Sekarang saya dah habis semua penggambaran untuk saya jalani pembedahan. Sebab saya kena rehat dalam masa dua selepas pembedahan dan untuk fisioterapi nanti," katanya lagi.

379687244_1032721291076636_3295427150997963325_n

Bella semasa dikejarkan ke hospital selepas lututnya cedera.

Pada September lalu, Bella dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kecederaan pada bahagian lutut kaki kanannya.

Kata Bella kecederaan tersebut dialami ketika dia sedang menjalankan latihan untuk drama terbaharu berjudul The Cadets.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain