suria

Aeril Zafrel dah jual Lamborghini Aventador, niat sebahagian hasil jualan derma kepada Palestin

Aeril mahu bantu beri sumbangan kepada mangsa perang di Palestin.

SELEPAS setahun memiliki kereta mewah jenama Lamborghini Aventador hadiah daripada isteri tercinta, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengambil keputusan menjual kenderaan berwarna kuning itu.

Memandangkan kenderaan itu jarang digunakan, Aeril atau Suhairil Sanuri, 35, berkata dia nekad menjual kereta itu dan sebahagian hasil tersebut boleh digunakan untuk menderma kepada Palestin.

“Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jadi jual saja la.

aeril 1

Kereta tersebut merupakan pemberian isterinya tahun lalu.

“InsyaAllah sebahagian hasil ini kita derma kepada Palestin,” katanya.

Aeril berkongsi perkara tersebut di Insta Story miliknya pada Rabu.

Dalam hantaran berkenaan, Aeril turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan tersebut selepas diserahkan kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang ‘panas’ Aeril Zafrel pakai kereta mewah, dakwa hanya sewa untuk buat ‘content’

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel pekakkan telinga dituduh ‘flex’ kekayaan, yakin netizen tahu kepayahan dilalui sebelum hidup senang

“Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta),” ujarnya berserta tanda sedih.

Untuk rekod, kereta tersebut merupakan pemberian isterinya iaitu pelakon iaitu pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal.

aeril 3

Aeril turut sama mahu memberi sokongan kepada Palestin.

Dalam satu kenyataan sebelum ini Aeril juga pernah meluahkan hasrat untuk menjual kereta berkenaan atas alasan sama kerana jarang digunakan.

Ketika awal memiliki kenderaan berkenaan tahun lalu, Aeril juga menerima kecaman kerana dikatakan sengaja menyewa kereta mewah untuk tujuan content di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain