suria

Shikin Maembong diburu lelaki gatal, siap tawar wang buat panggilan video - “Cat telefon tak jawab pula”

Shikin ditawarkan bayaran untuk lakukan panggilan video bersama lelaki tidak dikenali.

KAKAK kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan dia kerap menerima gangguan individu tidak dikenali termasuk pelbagai mesej tidak senonoh.

Shikin atau Siti Nur' Ashikin Ismail, 40, berkata, gangguan itu tetap berlaku meskipun dia sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer Cat Farish pada Julai lalu.

Tindakan menyekat akaun individu berkenaan juga seolah sia-sia apabila dia tetap diganggu sehingga tidak tahan lagi dengan perkara itu.

"Orang gila... Saya tak tahu dia siapa. Sebenarnya dah banyak kali saya kena gangguan macam itu.

Shikin

Shikin ditawarkan bayaran untuk lakukan panggilan video.

"Memang ramai yang hantar gambar bukan-bukan dan saya akan block selepas itu.

"Tapi kali ini lain sikit sebab dia tawar bayaran... Saya rasa sangat melampau," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shikin ada memuat naik tangkap layar di Instastory miliknya yang memaparkan seorang individu menawarkan RM5,000 sehingga RM8,000 untuk membuat panggilan video.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shikin Maembong pilih Makkah destinasi bulan madu, pasang impian pimpin tangan Cat Farish depan Kaabah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Linangan air mata iringi pernikahan Cat Farish dan Shikin Maembong, sah jadi suami isteri sekali lafaz

Kata Shikin, dia juga menerima mesej dan foto ketika sedang sibuk berniaga di Havoc Street Food Festival yang sedang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Tindakan segera Cat menghubungi nombor berkenaan bagaimanapun dibiar tidak berjawab.

"Saya tak buka gambar dia hantar. Bila tunjuk dekat Cat dia ada cuba telefon lelaki itu tapi tidak diangkat.

"Memang setiap kali kejadian ini berlaku saya akan tunjuk pada dia (suami)," jelasnya.

Shikinn

Shikin akan ambil tindakan undang-undang.

Enggan perkara sama berulang, Shikin memaklumkan dia dan suami sepakat mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak pernah menerima gangguan seperti itu secara berdepan atau di khalayak ramai.

"Kali ini saya memang nak ambil tindakan. Sebab saya nampak dia ada pengikut. Saya pun dah siap-siap simpan semua bukti mengenai akuan tersebut.

"Tindakan ini pun saya ambil untuk keselamatan saya juga. Saya harap tindakan ini juga beri pengajaran pada orang lain agar tidak ganggu saya," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain