suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis berhijab bintangi K-drama, netizen bangga anak Melayu jadi pelakon di Korea

Sabrina berlakon dalam drama Korea berjudul Girl In The Mirror.

KHABAR ANGIN mengenai personaliti media sosial, Sabrina Azhar bakal membintangi satu drama Korea akhirnya terjawab apabila dia berkongsi video teaser drama lakonannya berjudul Girl In The Mirror.

Menerusi muat naik video di akaun TikTok, Sabrina, 23, memaklumkan drama lakonannya itu tidak ditayangkan di mana-mana stesen televisyen atau platform penstriman, sebaliknya menerusi laman YouTube minggu depan.

"Girl In The Mirror akan disiarkan di YouTube Casually Official. Tonton video teaser penuh di sini," katanya.

sabrina1 - 1

Peminat teruja ingin menonton drama Korea lakonan Sabrina.

Difahamkan, Sabrina akan membawakan watak sebagai seorang pelajar yang dibuli oleh rakan sekolahnya.

Biarpun tidak mendedahkan secara terperinci watak dan jalan cerita drama berkenaan, rata-rata peminat mula teruja untuk menonton lakonan Sabrina.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar di Korea, berhijab, suka menari! Gadis Malaysia cetus kontroversi kongsi pandangan 'wanita Muslim dan tarian' dalam temubual BBC

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya watak sampingan, Ahn Jae Hong pula jadi bualan penonton 'Mask Girl'

"Gadis berhijab berlakon drama Korea... menariknya!

"Nampaknya seperti drama yang menarik. Saya akan tonton.

"Saya sangat teruja, saya bangga dengan awak Sabrina," tulis netizen.

Sebelum ini, tular beberapa foto Sabrina dikatakan bakal berlakon dalam sebuah drama Korea namun masih merahsiakan tajuk serta jalan cerita drama tersebut.

Graduan Universiti Hanyang mula dikenali selepas ditemu bual oleh BBC World Service mengenai pandangannya sebagai gadis hijab yang suka menari pada tahun lalu.

Kata Sabrina, hijab tidak pernah menjadi penghalang untuk dia meneruskan minat dalam dunia tarian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia