suria

Menghitung hari bahagia, Mimi Lana diraikan dalam ‘bachelor party’… Fazura titip pesanan untuk sahabat baik

Fazura dan rakan-rakan artis meraikan Mimi Lana.

BAKAL bergelar isteri tidak lama lagi, pelakon Mimi Lana diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri oleh sahabat rapatnya.

Antara yang teruja dapat menyertai acara 'bachelor party' tersebut ialah rakan baiknya iaitu pelakon Fazura.

Mendoakan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, berharap kehidupan Mimi Lana selepas ini akan dipenuhi kebahagian bersama suami.

"Sebuah majlis sambutan meraikan bakal pengantin dengan dihadiri rakan-rakan perempuan mengikut pilihan Mimi bertemakan tropikal.

faz1 - 1

Mimi teruja dirai sebelum mengakhiri zaman bujang.

"Mimi, Kak Faz (panggilan dirinya) harap kamu benar-benar tahu betapa istimewanya kamu di sisi kami. Semoga hari-hari mendatang dipenuhi dengan kebahagian buat Mimi," katanya.

Fazura berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Selain Fazura, majlis itu turut dihadiri oleh rakan artis lain seperti Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.

ARTIKEL BERKAITAN: Persiapan kahwin sudah siap 50 peratus, Mimi Lana sedia jadi isteri Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi 'Perempuan Itu' ada hikmah, Mimi Lana belajar tentang ilmu agama dan martabat wanita

Dalam pada itu, pelakon filem Pisau Cukur ini juga turut mendoakan agar Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, kuat dan tabah melayari bahtera rumah tangga.

Tanda kasih dan sayang seorang sahabat, Fazura berkata dia akan sentiasa berada di sisi Mimi dalam keadaan susah dan senang.

"Semoga sentiasa tabah dan ingat untuk melakukan setiap perkara satu demi satu.

"Saya sayang kamu dan saya tahu kamu tahu tentang perkara itu... saya sentiasa berada di sini untuk kamu," ujarnya.

Dalam majlis berkenaan, Mimi dilihat anggun mengenakan gaun merah diraikan dengan nyanyian oleh rakan-rakan artis menerusi lagu I Say a Little Prayer nyanyian Aretha Franklin.

Aktres drama Perempuan Itu juga hampir mengalirkan air mata kerana sebak dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakannya.

"Sebenarnya nak menangis waktu ni. Saya sangat bersyukur dikelilingi orang yang baik dan sayangkan saya.

faz2 - 1

Fazura bersama Sherry (kiri) dan Nabila (kanan) antara tetamu yang hadir.

"Sentiasa ada dengan saya waktu susah dan senang. Alhamdulillah! Hanya Tuhan yang tahu betapa saya sayangkan mereka... terima kasih semua," ujar Mimi.

Pada 21 Januari lalu, Mimi memuat naik gambar dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq Kyle atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31.

Syafiq dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini memaklumkan persiapan pernikahan mereka sedang berjalan lancar dan hanya menanti hari bahagia.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain