suria

Kongsi ‘birthday’ dengan Aidil, Fasha Sandha tak lupa bekas suami... Doa Jejai cepat dapat jodoh

Jejai dan Aidil berkongsi tarikh lahir yang sama.

BERKONGSI tarikh lahir yang sama dengan suaminya Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir buat bekas suaminya iaitu Rizal Ashram.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menitipkan doa agar Rizal atau lebih mesra disapa Jejai segera bertemu calon isteri bagi menjaga anak-anak mereka dengan baik.

Aktres berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat bekas suaminya kerana memberikan keizinan buat anak-anak mereka meraikan hari lahir Aidil pada Selasa.

"Selamat hari lahir mantanku. Semoga cepat-cepat dapat Mummy (isteri) baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan mandi awal setiap hari.

fasha1 - 1

Perkongsian Fasha di Instastory miliknya.

"Kebetulan pula sama hari lahir dengan Aidil (suami)... Terima kasih sebab beri anak-anak meraikan Aidil semalam (Selasa).

"Hari ini dengan awak pula ya. Selamat hari lahir sekali lagi... My love hate relationship," katanya.

Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Syukur, walaupun sedikit lambat"... Fasha Sandha bangga anak perempuan dah 'naik' al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Teguran penerbit buat Fasha Sandha nekad hilang 18kg, meraung sebab serba salah nak makan biskut cicah milo

Sebelum ini, pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu memuat naik sebuah video meraikan sambutan hari lahir Aidil bersama keluarga dan anak-anak mereka.

Menerusi video dengan latar muzik lagu nyanyian kumpulan Nidji iaitu Sumpah Dan Cinta Matiku, Fasha dilihat meraikan Aidil dengan sebuah kek bersama dekorasi tema rona emas dan hitam.

"Pejam celik sudah enam tahun sambut hari lahir awak. Cepat betul masa berlalu. Semoga kita akan terus sambut hari lahir bersama sampai kita tua.

"Saya doakan yang terbaik untuk awak sayang. Ucapan panjang-panjang antara kita saja tahu... sayang awak," tulisnya.

fasha2 - 1

Fasha dan Aidil bersama anak-anak.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10 dan Jemyma, 8.

Fasha kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain