suria

Abdullah Abbas nama bayi kedua Neelofa dan Haris

Neelofa dan suami sepakat pilih Abdullah Abbas untuk anak kedua.

SEPERTI yang dijanjikan pengacara dan usahawan Neelofa memaklumkan memilih Abdullah Abbas sebagai nama bayi lelaki keduanya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan suami iaitu Muhammad Haris Ismail, 28, memberitahu mereka memilih Abdullah pada pangkal nama kerana ia adalah nama disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasullulah SAW.

“Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.

neelofa1 - 1

Neelofa dan suami sepakat pilih nama Abdullah Abbas untuk anak kedua.

“Nama yang paling disukai Allah antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah Abdullah.

“Manakala Abbas pula Nabi SAW sendiri pernah mendoakannya,” Katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan Haris timang bayi lelaki, umum nama anak hari ketujuh kelahiran

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa belum bersalin, masuk hospital atas nasihat doktor - "Kami akan kongsi bila sampai waktunya"

Sementara itu, Neelofa dan suaminya berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.

“Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.

Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 10.45 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

neelofa2 - 1

Neelofa selamat lahirkan anak kedua pada awal Julai.

Kelahiran anak Neelofa sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia membuat pengumuman hamil kali kedua pada Mac lalu.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain