suria

Boy Iman yakin tak bersalah, mahu bela diri tuduhan menipu

Boy Iman berjuang bersihkan namanya atas tuduhan penipuan festival beli-belah Hoory X Fest Raya.

PELAKON dan penerbit Boy Iman tetap dengan pendirian mahu menegakkan keadilan bagi dirinya selepas berdepan pertuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hoory X Fest Raya, April lalu.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, berkata dia mempunyai hak untuk membela diri kerana yakin tidak bersalah.

"Lawan tetap lawan sampai menang. Saya memang nak gugurkan kes ini sebab saya tak bersalah.

boy 1

Boy Iman ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya ada hak, jadi saya lawan. Kalau saya salah lainlah," katanya.

Boy berkongsi perkara itu ketika ditemui Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes berkenaan pada Isnin.

Dalam pada itu, Boy memaklumkan dia hanya berkerja di bawah syarikat berkenaan dan tidak sepatutnya menanggung pertuduhan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perdaya wanita RM1,500 sewa tapak Horay X Fest Raya, Boy Iman dan 3 lagi mengaku tak bersalah

ARTIKEL BERKAITAN: Boy Iman bukan dalang pembatalan karnival Aidilfitri, sedia disiasat polis

Pada 25 April lalu, Boy bersama empat individu lain mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung penganjuran festival Horay X Fest Raya yang sepatutnya diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 19 April hingga 21 April lalu.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menipu peniaga Siti Wardina Basir, 21, dengan cara memperdaya mangsa dalam penjualan tapak perniagaan atau penyewaan tapak di festival berkenaan sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM1,500.

boy 2

Boy percaya dirinya tidak bersalah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di WTC di sini pukul 2.34 pagi pada 19 April lalu yang didakwa mengikut Seksyen 420 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjaran tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda.

Sementara itu, peguam yang mewakilinya iaitu Johan Ariff Salim Khan bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin memandangkan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain