suria

Noki jujur masih ‘single and available’, idam wanita miliki ilmu agama… Ada sebab tak mahu cinta artis!

Noki masih single and available.

PENYANYI rap dan pelakon Noki memberitahu dia bukanlah seorang lelaki terlalu memilih dalam mencari pasangan hidup.

Mengharapkan bakal isteri bukan dalam kalangan selebriti, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 29, mengimpikan seorang wanita yang mempunyai ilmu dalam bidang agama.

noki1 - 1

Noki mahukan wanita yang simple dan memahami.

"Ciri-ciri perempuan idaman saya simple sahaja. Paling penting, dia memahami saya.

"Saya mahukan wanita yang tahu tentang agama Islam jadi tidak perlulah saya beritahu dia mana yang boleh dan tidak boleh dia lakukan.

"Saya ini ringkas sahaja orangnya. Itu saja yang saya harapkan untuk calon pasangan saya nanti," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemputan sudah dibuat, Noki terasa hati Tuju tak datang majlis kahwin MK

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat hantar gambar tak senonoh, Noki anggap ini satu ujian... Mahu kurangkan 'belanja' badan

Penyanyi lagu Gila itu bagaimanapun mengakui tidak boleh mengawal emosi jika kekasihnya itu mudah mesra dan rapat dengan lelaki lain.

Oleh kerana itulah, dia lebih selesa jika pasangannya dalam kalangan orang biasa dan bukannya seorang selebriti.

"Sebenarnya saya tidak kisah sangat sama ada calon itu dalam kalangan artis atau orang biasa. Tapi sebaiknya biarlah wanita biasa.

Sekarang saya masih single dan available. Ciri-ciri perempuan idaman saya simple sahaja. Paling penting, dia memahami saya.

NOKI

PENYANYI/PELAKON

"Bagi saya ia lebih mudah kerana saya tahu diri saya bagaimana. Contoh kalau saya kahwin dengan pelakon, secara jujur saya tidak boleh terima sekiranya dia berpegangan dengan lelaki lain.

"Jadi disebabkan itu saya cuba untuk elak menjalinkan hubungan dengan artis kerana saya tahu saya tidak dapat kawal perkara itu," ujarnya.

Sering diusik peminat yang mengatakan giliran Noki selepas MK berkahwin, penyanyi berkenaan hanya mendoakan yang terbaik dan meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

Namun sehingga kini Noki berkata dia masih belum bertemu dengan calon sesuai.

"Saya hanya mengaminkan doa peminat dan hara-harap perkara itu benar terjadi. Kalau ikut hati saya daripada umur 25 tahun lagi nak kahwin tapi belum ada rezeki.

"Jadi, sasaran saya seterusnya ingin mendirikan rumah tangga pada umur 30 tahun, maksudnya tahun depan sebab sekarang saya dah 29 tahun. Cuma calonnya belum ada," jelasnya.

Masih memegang status single dan 'available', Noki jujur mengakui pernah didekati beberapa wanita.

noki2 - 1

Noki lebih memilih wanita biasa jadi teman hidup.

"Sekarang saya masih single dan available.

"Mungkin saya rasa tiada kesesuaian antara kami. Dah cuba tetapi saya macam meragui hubungan itu sama ada boleh diteruskan atau tidak.

"Saya juga fikirkan fasal diri sendiri, saya tidak hanya fikirkan tentang wanita itu. Kalau saya rasa macam tak 'ngam', saya tidak akan teruskan hubungan tersebut," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain