suria

Disangka lagu baharu penyanyi BBNU, rupanya ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ nyanyian Aizat… Syukur terima sambutan peminat

Aizat lancar lagu Hadiahkan Duka Kepadamu.

PENYANYI Aizat Amdan meluahkan rasa teruja apabila lagu terbaharunya yang berjudul Hadiahkan Duka Kepadamu diterima ramai.

Aizat atau Muhammad Aizat Amdan, 34, berkata, setiap kali melancarkan lagu terbaharu, dia sering memikirkan mengenai penerimaan peminat terhadap naskah tersebut.

Aizat bagaimanapun mampu menarik nafas lega selepas mendapat reaksi positif daripada peminat.

aizat1 - 1

Aizat gembira lagu baharunya diterima peminat.

"Setiap kali mahu menghasilkan produk baharu, ada beberapa perkara bermain di fikiran termasuklah pertanyaan adalah lagu baharu ini akan diterima baik oleh mereka atau tidak.

"Tapi apabila melancarkan sahaja lagu ini pada bulan Ramadan yang lalu, sambutan yang diterima begitu baik daripada semua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aizat Amdan sah suami Elyssa Alia dengan sekali lafaz, pilih Mexico lokasi bulan madu

ARTIKEL BERKAITAN: Dari LA ke kenduri Aizat Amdan, Yuna dedah projek 'Ai.Z' untuk pasaran Amerika

"Hilang segala gundah apabila lagu ini mulai disukai oleh peminat dan mula dimainkan oleh stesen radio," katanya.

Dalam pada itu, lagu Hadiahkan Duka Kepadamu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai ini turut dijadikan runut bunyi untuk drama Kerasnya Takdir yang disiarkan melalui slot Akasia, TV3.

Bagi Aizat, ini merupakan satu kelebihan buat lagu baharunya itu diterima lebih cepat seterusnya menangkap halwa telinga pendengar.

"Saya gembira apabila orang mula mengetahui lagu ini sedikit demi sedikit. Ada dalam kalangan peminat yang terkejut apabila mengetahui lagu ini dinyanyikan oleh saya.

"Ada yang beranggapan lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu dan tak kurang juga yang jatuh cinta kali pertama mendengarkannya," ujarnya.

Bercerita mengenai pertama kali bekerjasama dengan Ajai, Aizat memberitahu dia mula jatuh cinta saat mendengar demo lagu berkenaan.

aizat2 - 1

Aizat pertama kali bekerjasama dengan Ajai.

Mereka banyak melakukan perbincangan untuk memastikan kelancaran sepanjang proses rakaman dibuat.

"Pastinya saya teruja memandangkan ini kali pertama kami bekerjasama. Abang Ajai sendiri memang seorang komposer yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan sejumlah lagu yang banyak.

"Sebagai penyanyi saya mahu sampaikan lagu berkenaan sehabis baik. Sejujurnya saya menjadikan lagu ini buah tangan baharu yang akan diminati oleh pendengar seperti lagu-lagu terdahulu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain