suria

Pelakon dan pengarah Majed Saleh masuk CCU, fungsi jantung tinggal 25 peratus

Majed dilaporkan berada dalam zon merah Hospital Selayang.

PELAKON dan pengarah Majed Saleh kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang akibat masalah lemah jantung sejak Rabu lalu.

Isterinya iaitu Nur Shida Mohd Zikir, 42, berkata, keadaan jantung suaminya lemah dan hanya berfungsi sebanyak 25 peratus ketika ini.

Bagaimanapun kata Nur Shida, keadaan Majed stabil selain semangatnya kuat untuk terus bertahan melawan penyakitnya itu.

"Sebelum ini pun suami sudah keluar masuk wad, daripada Hospital Selayang ke Hospital Serdang sebab di sana ada pakar jantung.

majed2 - 1

Tahap kesihatan Majed dikatakan tidak begitu baik.

"Doktor beritahu keadaan jantungnya sangat lemah. Masa bulan puasa sebelum ini doktor ada beritahu jantungnya hanya tinggal 25 peratus sahaja.

"Tapi semangatnya luar biasa, tengok cara dia seperti orang yang tak kelihatan jantungnya tinggal 25 peratus," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Gerak Khas Jeff Hassan meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil sudah sedar tapi masih kritikal dalam ICU, Jaafar Onn kongsi perkembangan terkini

Dalam pada itu, Nur Shida memberitahu ketika ini mereka sedang menunggu pengesahan daripada pihak hospital sebelum Majed melakukan pembedahan bagi memasukkan perentak jantung untuk menguatkan fungsi organ itu.

Katanya, itu adalah kaedah paling sesuai buat suaminya memandangkan rawatan lain seperti stent atau pembedahan pintasan jantung berisiko tinggi buat Majed.

"Tak boleh buat stent atau bypass sebab takut risiko tinggi. Pembedahan pintasan jantung perlu menghentikan jantung dan doktor bimbang organ itu tidak dapat berdegup semula.

Masa bulan puasa tempoh hari doktor memberitahu jantungnya tinggal lebih kurang 25 peratus sahaja.

NUR SHIDA

ISTERI MAJED

"Jadi rawatan terakhir mungkin doktor akan memasukkan bateri untuk menguatkan semula jantung," katanya.

Sementara itu, Shida turut memaklumkan Majed sudah lama menanggung kesakitan dan mula menerima rawatan sejak Disember tahun lalu.

"Sebenarnya bab jantung ini rasa macam dah lama sebab dia sering merungut sakit di bahagian belikat. Kita tak tahu itu sebenarnya sakit jantung. Lama juga dalam dua, tiga tahun.

majed1 - 1

Selain berlakon, Majed juga merupakan seorang pengarah.

"Ketika itu suami hanya menerima rawatan di klinik biasa dan ada sekali itu menerusi keputusan darah, doktor memaklumkan jantungnya tersumbat.

"Waktu itu dia makan ubat kolesterol tapi tak sangka pula nak jadi teruk sampai macam ini," jelasnya.

Untuk rekod, Majed pernah menjadi pengarah dan pelakon bagi drama siri Gerak Khas dan membintangi beberapa buah filem termasuk Mekanik dan Kembara Seniman Jalanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain