suria

Prihatin nasib rakyat Palestin, One Path ajak Azmi Saat kolaborasi dalam lagu ‘Apa Khabar Cinta’

Azmi dan One Path mengetengahkan isu-isu yang melanda masyakat di Palestin.

MAHU membawa kelainan dalam muzik nasyid, kumpulan One Path berkolaborasi dengan penyanyi Azmi Saat menerusi karya terbaharu berjudul Apa Khabar Cinta.

Menurut salah seorang anggota One Path iaitu Ammar, lagu tersebut mengetengahkan isu melanda masyarakat Islam di Palestin yang ditindas ketika sibuk mempersiapkan diri menyambut Aidilfitri.

"Bila terbaca berita serangan dan sekatan yang kerap berlaku, kami rasa terpanggil untuk kedepankan mesej perjuangan dan solidariti bersama rakyat Palestin.

caliphh - 1

Azmi dan One Path bergabung dalam projek terbaharu.

"Matlamat kami supaya masyarakat tidak lupakan kemelut yang melanda rakyat Palestin dalam keseronokan kita menyambut Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, Azmi pula berkongsi pengalaman berharga apabila berpeluang bekerjasama dengan kumpulan nasyid berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Poket kosong pergi buat show, sekarang Caliph Busker terpaksa merayu minta bayaran... "Sampai hati kau kenakan orang buta"

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bising di IG tagih bayaran show, baru nak bayar! Azmi Caliph Busker serik ditipu orang tengah

Kata Azmi, ini merupakan pengalaman pertama dia menyanyikan lagu bergenre luar daripada kebiasaan.

"Saya memang pernah terlintas keinginan untuk bekerjasama dengan mereka. Alhamdulillah akhirnya tertunai juga.

“Bermula dari sesi rakaman sampai ke suntingan video muzik semuanya santai sahaja namun tetap mementingkan kualiti.

"Cuma, sejujurnya saya tak biasa dengan genre sebegini. Jadi, agak kaku juga saya waktu sesi rakaman. Syukurnya dapat penerbit yang sangat membantu," ujarnya.

Dalam pada itu, Azmi dan One Path berharap lagu baharu mereka ini dapat menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Saya sangat berterima kasih kepada pihak Cinta Gaza Malaysia dan Tarbiah Sentap kerana sudi memilih saya untuk terlibat dalam penghasilan lagu Apa Khabar Cinta.

"Mudah-mudahan lagu ini mendapat tempat dalam masyarakat sekaligus dapat memberikan galakan kepada rakyat Malaysia untuk perkukuhkan perpaduan, mengingati dan membantu saudara kita di Palestin," kata mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain