suria

“Jangan nak gila glamor”… Miera Liyana kata kebenaran akan terbongkar, hati-hati fitnah akhir zaman

Hantaran Miera minta jangan gila glamour tuju pada siapa?

KETIKA kemelut rumah tangga membabitkan suaminya Rosland Othman dan isteri pertama iaitu Adibah Abdul Mutalib menjadi bualan hangat netizen, pelakon Miera Liyana dilihat memuat naik status di Instastory seolah-olah memberi bayangan berhubung isu berkenaan.

Dalam perkongsiannya itu, Miera atau Miera Leyana Kasmi, 30, berkata ada cerita sebenar yang tidak diketahui umum dan berharap satu hari nanti orang ramai akan mengetahui kebenarannya.

Dia juga menitipkan pesanan agar pihak tertentu tidak terlalu mengejar populariti sehingga menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya.

Miera minta seseorang jangan nak kejar populariti.

"Sentiasa ada dua sisi dalam setiap cerita. Jangan nak gila glamour. Satu hari korang akan tahu kebenaran. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

"Sekian dari Miera Leyana, nak masak jap untuk suami dan anak-anak. Okay selamat tinggal," katanya.

Miera bagaimanapun tidak memperincikan secara jelas kepada siapakah tulisan itu ditujukan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 28 tahun kahwin suami fail cerai... madu dakwa dah lama tak pulang rumah selepas nikahi Miera Liyana

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa berubah sikap selepas kahwin Miera Liyana, jumpa di mahkamah pun tidak tegur... Anak tak sanggup tengok ibu derita

Terdahulu, Adibah tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland meskipun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak 2021 semasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.

Kata Adibah, dia yakin dirinya berada di pihak yang benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.

Adibah enggan yakin dia berada di pihak benar.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Manakala itu, Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain