suria

Naim Daniel terkejut foto bersama Sissy Imann tiada di poster ‘Famili Duo’… “Belum ada kata putus lagi untuk minggu ini”

Naim memberitahu Sissy masih cuba bangkit selepas mendapat komen pedas Mas Idayu.

KETIADAAN foto Sissy Imann dan Naim Daniel di poster Famili Duo minggu ketujuh yang bakal berlangsung Ahad ini mengundang pertanyaan penonton.

Terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu, Naim, 26, meminta peminat terus bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan saingan dalam program berkenaan.

"Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okey sahaja. Tunggu sahajalah nanti.

naim daniel 1

Nama Naim dan Sissy tiada dalam poster persembahan Ahad ini.

"Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Naim memberitahu dia dan Sissy masih belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam konsert mingguan pada Ahad ini.

Ini kerana mereka masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Otak saya kosong”... Sissy Imann masih kecewa, hilang semangat beraksi di pentas ‘Famili Duo’

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

"Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti... belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.

"Sepatutnya pada malam Ahad selepas selesai konsert kami sudah berikan lagu untuk minggu seterusnya, namun kali ini lagu pun belum ada," ujarnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata Sissy masih belum bersedia untuk menjawab persoalan dari mana-mana pihak susulan insiden menangis di atas pentas akibat komen pedas daripada juri Mas Idayu.

Tengoklah bagaimana nanti... belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul

NAIM DANIEL

PENYANYI

"Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa.

"Ramai yang memberikan reaksi berbeza dengan apa yang telah terjadi. Kami terima baik semua komen tersebut dan dijadikan semangat untuk teruskan perjuangan dalam kerjaya ini," ujarnya.

sissy iman 4

Tangisan Sissy di pentas Famili Duo menjadi bualan ramai.

Pada minggu keenam konsert Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong yang dikatakan tidak sedap dan terlalu keras.

Terkesan dengan kata-kata tersebut, Sissy tidak dapat menahan air mata ketika di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain