suria

Blue teruja sambut ulang tahun ke-20 bersama peminat di Malaysia, mahu cacah tatu buat kenang-kenangan

Blue teruja bakal bertemu peminat pada 10 Februari ini.

KUMPULAN pop British iaitu Blue tidak sabar untuk kembali ke Malaysia bagi menghiburkan peminat setia mereka menerusi konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour pada 10 Februari 2023.

Salah seorang anggota kumpulan itu, Simon Webbe berkata, negara ini sentiasa mempunyai tempat di hati mereka malah banyak kenangan bersama peminat sewaktu beberapa kali datang ke Malaysia sebelum ini.

Simon memberitahu sambutan hangat daripada peminat sehingga ada sanggup menunggu mereka di lapangan terbang tidak dapat dilupakan selain menyifatkan rakyat negara ini sebagai ramah.

"Ketika itu pertama kali kami datang ke negara Asia dan Malaysia antara lokasi persinggahan. Kami memang terkejut dengan sambutan luar biasa peminat ketika itu.

Blue teruja bertemu peminat di Malaysia.

"Ada sanggup menunggu kami di lapangan terbang semata-mata untuk menyapa kami semua. Siapa sangka kami sebuah kumpulan dari UK ada peminat di negara lain. Ia kenangan tak dapat dilupakan," katanya.

Simon berkongsi kenangan itu menerusi temu bual secara virtual bersama wartawan Malaysia pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rai peminat di Malaysia, Blue adakan konsert sempena ulang tahun ke-20 Februari depan

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini batal konsert sebab tak sihat, doktor nasihat berehat daripada semua aktiviti seni

Selain Simon, Blue turut dianggotai oleh Lee Ryan, Duncan James dan Antony Costa.

Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pukul 8 malam.

Dalam pada itu, Duncan pula mendedahkan dia akan mencacah tatu setiap kali datang ke Malaysia sebagai tanda kenang-kenangan dan bercadang untuk berbuat perkara sama selepas konsert mereka nanti.

Siapa sangka kami sebuah kumpulan dari UK ada peminat di negara lain.

DUNCAN JAMES

BLUE

Sebelum ini kata Duncan, dia pernah mencacah tatu di beberapa bahagian badan termasuk kaki kiri ketika berada di Malaysia dan akan menambah satu lagi koleksi tatu pada badannya.

"Kali ini saya tak pasti lagi bahagian mana saya akan cacah tatu, tetapi saya bercadang berbuat demikian sebagai tanda kenang-kenangan," ujarnya.

Bercakap mengenai konsert mereka, Antony memberitahu mereka akan mendendangkan lagu hit termasuk daripada album terbaharu mereka iaitu Heart & Soul.

B14A0081

Temu bual secara vitual Blue di ibu negara, baru-baru ini.

"Kami baru sahaja selesaikan jelajah di UK dan apa yang boleh saya katakan, kami berharap peminat terhibur dengan persembahan kami nanti.

"Pada malam konsert nanti, kami akan menyanyikan lagu hit kami serta lagu-lagu dalam album terbaharu," ujarnya.

Untuk rekod, Blue popular menerusi bebarapa lagu hit di Malaysia termasuk All Rise, One Love, If You Come Back dan banyak lagi.

Jualan tiket konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour terbahagi kepada lima kategori utama iaitu VVIP dengan Meet & Greet (RM688), VIP (RM488), Diamond (RM358), Platinum (RM258) dan Gold (RM188).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain