suria

“Awak belum bertemu ruas lagi” - Netizen ‘warning’ Sharnaaz Ahmad, terus dilabel samseng

Sharnaaz hanya mahu mempertahankan diri dan tiada niat mahu menjadi samseng.

SUSULAN pelakon Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun lalu, seorang pengguna Twitter menggelarnya sebagai samseng.

Menerusi ciapan yang dibuat individu berkenaan di Twitter, dia menegur kelakuan Sharnaaz yang sepatutnya menjadi contoh kepada peminat selain memberi amaran pelakon itu belum bertemu lawan yang setanding.

"Sebagai seorang artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya kepada peminat.

Komen yang ditulis netizen di Twitter

"Sharnaaz, awak belum bertemu ruas lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding," tulis individu berkenaan.

Dalam pada itu, Sharnaaz yang menjawab ciapan tersebut berkata, dia tidak kisah jika digelar mafia kerana berjuang untuk diri sendiri adalah caranya mempertahankan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Gaduh hari ini, esok jadi kawan baik” - Sharnaaz Ahmad anggap kes pukul kecil, warna dalam kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad bengang penerbit tamak ‘lenjan’ artis kerja 20 jam sehari... “Minta pantau produksi jahanamkan industri”

Kata Sharnaaz, dia diajar oleh bapanya agar bangkit dan melawan sekiranya 'dipijak' namun berterima kasih atas nasihat yang diberikan kepadanya.

"Baik pakcik. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan.

"Saya okay sahaja mana-mana pun. Mafia pun okay, popia pun okay.

Sharnaaz membalas komen individu yang menuduhnya seorang samseng

"Yang penting bila dipijak, bangun dan pijak balik. Itu ayah saya yang ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya pakcik," tulis Sharnaaz.

Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk dan menedang penghuni sebuah kondominium dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 2,000 oleh seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut semula untuk serahan dokumen pada 6 Mac depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain