suria

[V] Kahwin kurang setahun bergelar ibu tunggal, Anita Baharom kata bukan buat dosa dan dapat elak fitnah

PELAKON Anita Baharom tidak melihat keputusannya berkahwin buat kali kedua dengan Engku Isyamuddin Tuan Losin kurang setahun selepas kematian Allayarham suami, Mohd Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu sebagai satu dosa.

Anita, 39, sebaliknya berkata, dia tidak mahu menunggu lama bagi menghalalkan perkara baik selain ia dapat mengelak fitnah daripada orang lain.

"Tak berdosa pun kami berkahwin awal walaupun baru bergelar ibu tunggul dalam tempoh kurang setahun.

"Buat apa nak tunggu lama-lama untuk halalkan perkara yang baik. Tiada masalah dan tidak berdosa pun untuk kami bernikah.

Anita Isyam

Isyamuddin melamar Anita pada 16 Oktober lalu.

"Alhamdulillah Allah SWT permudahkan semua urusan kami untuk hari bahagia ini," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Anita dan Isyamuddin, 48, selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City, Subang Jaya pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anita Baharom kembali bergelar isteri, kini milik ahli perniagaan dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Anita Baharom meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu

Pada upacara itu, Anita dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri iaitu Zulkifli Baharom dan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin.

Dalam pada itu, Anita mendedahkan Isyamuddin melamarnya sebagai isteri pada hari kelahiran ahli perniagaan itu pada 19 Oktober lalu.

Kata Anita, dia tidak berfikir panjang sebelum menerima lamaran tersebut apatah lagi tiga anaknya memberi respons positif terhadap hasratnya mendirikan rumah tangga.

"Pengalaman lepas sangat indah dan saya percaya Allah beri peluang kedua ini untuk mengindahkan lagi kehidupan.

Anita 3

Pasangan ini berharap rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat.

"Semoga saya menjadi isteri mithali dan saling berpegangan tangan dengan suami untuk ke syurga bersama anak-anak kami," jelasnya.

Bercakap soal anak, Anita tidak menolak sekiranya diberikan rezeki menimang cahaya mata memandangkan suaminya seorang penyayang dan tidak kekok menguruskan anak-anak.

"Dia sangat penyayang dan hubungan dengan anak-anak saya pun memang akrab.

"Soal anak kami berlapang dada sekiranya diberi rezeki dan yakin suami dapat menjadi seorang bapa yang baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain