suria

[V] Anita Baharom kembali bergelar isteri, kini milik ahli perniagaan dengan sekali lafaz

PELAKON Anita Baharom sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dengan sekali lafaz pada pagi Khamis.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City Subang Jaya dan mereka selamat disatukan sebagai suami isteri kira-kira pukul 11.50 pagi.

Anita, 39, dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Zulkifli Baharom dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Muhammad Hakimi Mustapa.

kahwin

Dengan sekali lafaz, Isyamuddin dan Anita sah bergelar suami isteri.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Menariknya, sebelum ijab dan kabul berlangsung, majlis khatam al-Quran oleh pengantin lelaki turut diadakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Anita Baharom meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu saja minggu depan” - Setahun bergelar ibu tunggal, kecoh Anita Baharom bakal berkahwin

Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak serta rakan artis.

Sementara itu, Anita ketika ditemui menzahirkan rasa bersyukur majlis berkenaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan mengharapkan perkahwinan keduanya ini akan berkekalan hingga akhir hayat.

"Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar seperti dirancang sebelum ini, saya bersyukur sangat kerana diberikan peluang sekali lagi untuk bergelar isteri.

Anita Isyam

Pasangan ini mengambil keputusan berkahwin pada November lalu.

"Saya harap sangat dengan perkahwinan kali kedua ini dapat berikan kebahagiaan bukan saja untuk saya tapi untuk anak-anak kerana mereka juga memerlukan kasih sayang seorang bapa," katanya.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada hari yang sama selepas akad nikah bertempat di dewan yang sama pada sebelah malam.

Pasangan ini berkenalan sekitar 2017 namun hubungan mereka kembali rapat pada tahun ini sebleum mengambil keputusn mendirikan rumah tangga pada November lalu.

isyamuddin

Isyamuddin turut mengadakan majlis khatam al-Quran.

Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua Anita selepas kematian suaminya, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail yang meninggal dunia ketika tidur pada 1 Januari lalu.

Manakala ini adalah perkahwinan kali keempat buat Engku Isyamuddin.

Menerusi perkahwinan bersama Mohd Ismadi, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, serta Mohamad Dhia Mikail, 8.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain