suria

11 tahun menanti kelahiran zuriat kedua, Oktovia Manrose janji didik anak ikut syariat Allah 

Oktovia selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

PELAKON Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu kira-kira pukul 8.40 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Oktovia atau Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 31, berkata, dia bersyukur diberi seorang lagi zuriat selepas 11 tahun melahirkan anak pertama.

"Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tak sangka selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.

"Alhamdulillah, kami dah ada sepasang anak lelaki dan perempuan," katanya.

ok2 - 1

Oktovia bersyukur dikurniakan zuriat lagi.

Oktovia memaklumkan khabar gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut menzahirkan rasa syukur dan berjanji akan mendidik cahaya matanya itu dengan didikan agama yang sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Saat akhir dapat jemputan hadiri majlis ilmu, Oktovia Manrose sampai berpeluk dengan Asma' Harun

ARTIKEL BERKAITAN: Tersentuh hati baca perkongsian Oktovia Manrose ini... berkat doa bapa jadi asbab berhijrah!

Oktovia juga turut melahirkan rasa terima kasih kepada suami tercinta kerana menjadi kekuatan dalam melayari rumah tangga bersamanya.

"Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah. Didik ikut syariat Allah, jalan Rasullullah... bukan mengikut hawa nafsu.

"Terima kasih sayang kerana telah menjadi pasangan dan ayah yang baik untuk anak kita. Awak sangat istimewa dan merupakan sumber kekuatan saya," ujarnya.

ok1 - 1

Oktovia dan suami, Khairul Efsan.

Untuk rekod, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.

Oktovia kemudiannya berkahwin dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain