suria

Dugaan di Tanah Suci, bapa mentua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia... sempat video call sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir 

Aleeya reda berdepan dugaan ketika di Tanah Suci.

USAHAWAN dan selebriti media sosial, Aleeya Zailan berdepan ujian menyedihkan apabila bapa mentuanya, Abdul Aziz Baharom meninggal dunia ketika dia bersama suami dan anak-anak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Terkilan tidak dapat berada di sisi ketika saat akhir Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Aleeya dan suami bagaimanapun sempat mengadakan solat jenazah ghaib buat arwah ketika berada di Masjid Nabawi, Madinah.

"Sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat akhirnya. Allah Maha Mengetahui dan ini adalah dugaan kami sekeluarga semantara berada di sini. Anak-anak semua rindukan abah. Mereka sayang sangat Atok Aziz.

"Kami sudah buat solat jenazah ghaib untuk abah. Semoga kami juga dapat tunaikan umrah untuknya," katanya.

aleeya 22

Aleeya berkongsi mengenai pemergiaan bapa mentuanya di Instagram.

Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu sekitar pukul 5.22 pagi.

Aleeya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di laman sosial miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak dapat ‘gift’ di TikTok, influencer Aleeya Zailan panjangkan sedekah pengikut kepada golongan memerlukan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aida Aris meninggal dunia, ditemukan tak bernafas di ruang tamu rumah

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan suami Aleeya iaitu Azri Aziz juga sempat membuat panggilan video bersama bapanya ketika arwah masih berada di sebuah hospital bersama ahli keluarga yang lain.

Aleeya turut menerima ucapan takziah daripada rakan-rakan yang menzahirkan rasa simpati atas dugaan dilalui mereka.

Dalam perkongsian sama, Aleeya turut menyifatkan arwah bapa mentuanya sebagai seorang yang penyayang dan sangat manjakan cucu-cucunya.

"Mereka (anak-anak Aleeya) sangat sayangkan Atok Aziz. Mereka sangat manja dengannya," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain