suria

Usaha Suria FM promosi travel di radio dapat pengiktirafan, menang anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik 

Suria FM mendapat pengiktiran anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada Jumaat lalu.

STESEN radio popular Suria FM menerima pengiktirafan apabila memenangi anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, 46, berkata, ini merupakan julung kali stesen berkenaan berjaya memenangi anugerah berkenaan dalam usaha mereka mempromosikan industri pelancongan di corong radio.

"Terima kasih kepada Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Santai Travel dan rakan kerjasama lain seperti Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia dan Malabar Information Technology Dealers Association (MiTDA) kerana memilih Suria FM sebagai pemenang.

Anugerah batu loncatan untuk Suria FM membantu sektor pelancongan dengan lebih lagi

"Pengiktirafan ini merupakan satu batu loncatan buat Suria FM untuk terus membantu sektor pelancongan di Malaysia dengan menghasilkan lebih banyak video kreatif yang mempromosikan industri pelancongan seperti makanan, perhotelan dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Presiden MATA memberitahu bahawa seramai 60 penggiat industri pelancongan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 dan ini merupakan anugerah kemuncak yang mengiktiraf semua penggiat industri Malaysia dalam menjayakan aspirasi pelancongan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali mengaku silap tinggalkan Suria FM secara mengejut, berhijrah bukan kerana wang tapi mahu kembangkan karier pengacaraan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ terima sambutan luar biasa! Peminat sanggup datang awal untuk bertemu penyampai

"Anugerah ini juga adalah penanda aras untuk menuju kecemerlangan industri pelancongan kita," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Suria FM telah menganjurkan #GrandstandSuria E-Sukan Piala Dunia 2022 bertujuan untuk melebarkan sayap digital Suria ke platform gaming dan mendekati pendengar setia Suria FM melalui saluran digital itu.

Kata DJ Lin, program E-Sukan ini akan dikembangkan lagi kepada pelbagai cabang dan bukan hanya tertumpu kepada bola sepak sahaja.

"Kami sangat teruja kerana tontonan siaran langsung E-Sukan telah mencatat lebih 3000 tontonan di seluruh platform media sosial Suria FM. Ini menandakan program tersebut mendapat sambutan yang baik daripada selebriti tanah air dan juga peminat Suria FM," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain