suria

[V] Terima ugutan susulan ucapan kontroversi, Zul Huzaimy menyesal dan jadikan pengajaran

PELAKON Zul Huzaimy mendedahkan dia menerima ugutan daripada individu tidak dikenali susulan penularan video kontroversi mendakwa ingin menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Enggan berkongsi bentuk ugutan yang diterima, Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 44, memberitahu dia sudah menyerahkan isu itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

zul1 - 1

Zul menyesal dengan perbuatannya sebelum ini.

"Jujurnya saya ada juga menerima ugutan selepas daripada insiden itu berlaku.

"Namun, saya tidak boleh beritahu jenis ugutan yang diterima kerana saya sudah melaporkan kepada pihak berkuasa dan kini dalam siasatan polis," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Huzaimy mohon maaf sangkal tuduhan rasis

ARTIKEL BERKAITAN: Profesional betul Haqiem Stopa! Sikit pun tak melenting ditegur Zul Huzaimy... "Cuma perkataan sekolahkan agak kasar"

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Zul berkata dia bukanlah seorang artis yang suka terpalit dengan kontroversi.

Justeru itu, dia menganggap insiden berkenaan sebagai satu kesilapan yang dilakukan sebagai manusia biasa.

Saya tidak boleh berkongsi jenis ugutan yang diterima kerana masih dalam siasatan polis.

ZUL HUZAIMY

PELAKON

"Saya ini manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan. Adakalanya tersasar juga menggunakan perkataan yang tidak sesuai.

"Saya bukannya artis yang suka kontroversi. Sebelum ini, mana ada saya buat apa-apa, semua orang pelik. Itulah kita ini hanya manusia biasa," ujarnya.

Mengakui tiada niat mengeluarkan kata-kata yang diluahkan sebelum ini, pelakon filem Haq ini berkata dia menyesal dengan tindakannya itu.

"Sudah tentu setiap kesilapan yang kita lakukan, pasti akan timbul rasa menyesal.

"Semua manusia baik yang tidak berniat untuk melakukan kesilapan itu pasti akan merasai perasaan menyesal.

zul2 - 1

Bersama barisan pelakon filem Daddyku Gangster.

Sementara itu, Zul berkata dia menjadikan kesilapan itu sebagai satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini.

"Saya berharap peminat saya semua memahami apa yang berlaku adalah lumrah sebagai manusia biasa yang melakukan kesilapan.

"Apa yang berlaku ini adalah pengajaran untuk saya lebih berhati-hati," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, filem Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Disember depan.

Selain Zul, filem ini turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Adeline Tsen, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim dan Reen Rahim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan