suria

“Awak kuat” - Bekas suami Nad Zainal titip doa, minta segera pulih demi anak-anak

Faliq (kiri) harap Nad akan kembali pulih.

BEKAS suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Faliq berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadiah Zainal Abidin, 32, kuat melawan sakit yang dihadapi demi dua orang anak mereka.

"Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem (Fahad Ibrahim) dan Som (Budi Kalsom)," katanya.

nad zainal 1

Nad dimasukkan ke hospital sejak Ahad.

Faliq menulis kata-kata tersebut menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Faliq juga memohon orang ramai mendoakan Nad yang kini sedang bertarung melawan penyakit di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal kritikal, terdapat pendarahan pada paru-paru

ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru

Berita pelakon drama Cina Buta ini dimasukkan ke hospital mula mendapat perhatian ramai selepas rakan artis iaitu Ungku Ismail berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

Dalam temu bual bersama mStar, Ungku memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan pada paru-paru.

nad 22

Nad bersama anak perempuannya.

Susulan itu, Nad perlu menjalani beberapa rawatan bagi masaalah tersebut.

Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Awal September lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perceraian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Empat senator baharu angkat sumpah